Boss Ned bekas suami Nora Danish masuk ICU

Boss Ned bekas suami Nora Danish masuk ICU

Walaupun sudah bercerai, pelakon Nora Danish, 42, tetap memberi kata-kata semangat buat bekas suaminya, Nedim Nazri, 41, yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di sini.

Nora mendoakan Nedim yang dipanggilnya ‘daddy’ supaya kuat berdepan dugaan kesihatan yang dialaminya.

“Terus kuat ‘daddy’,” tulis Nora di Instagram Story dengan latar belakang foto Nedim yang sedang terbaring atas katil di hospital.

Boss Ned bekas suami Nora Danish masuk ICU

Nedim atau nama sebenarnya Mohamed Nedim Mohamed Nazri memaklumkan dia dimasukkan ke ICU di sebuah hospital di sini. Namun, dia tidak menyatakan masalah kesihatan yang dihadapinya hingga terpaksa dirawat di ICU.

“Sudah berumur 41 tahun dan saya kini dalam hospital, ICU,” katanya.

Silaturahim pasangan yang baru sah bercerai minggu lalu itu mendapat sorotan positif daripada netizen. Mereka dipuji kerana masih berbaik dan akrab meski sudah tidak menjadi suami isteri.

Malah, ramai menyifatkan hubungan baik yang mereka kekalkan patut dicontohi oleh pasangan lain yang bercerai.

“Baiknya Nora, bekas suami sakit pun dia sempat pergi melawat. Memang profesional,” antara komen netizen.

Terdahulu, Nora dan Nedim bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Berita itu menyusul selepas sekitar hujung April lalu, Nora membuka mulut mengenai rumah tangga mereka yang sudah bergolak. Namun, mereka tetap berbaik demi anak-anak.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.

Baca Juga:
Tiba-tiba makan guna sudu garpu, tunang ‘kantoi’ curang dengan rakan sekerja
Pemain bola sepak Palestin dan keluarga terbunuh dalam serangan udara Israel
Penemuan pergelangan tangan terputus dalam kereta terbakar rupanya bergaduh rebut kawasan dadah
CATEGORIES