Bom tangan hidup menusuk dalam tubuh askar Ukraine, boleh meletup bila-bila masa

Photo of author

By Syima Iza

Bom tangan hidup menusuk dalam tubuh askar Ukraine, boleh meletup bila-bila masa. Seorang askar selamat menjalani pembedahan selepas sebutir bom tangan menusuk ke dalam badannya semasa pertempuran sengit di Bakhmut, Ukraine, lapor akhbar New York Post semalam.

Pakar Bedah Ukraine, Mejar Jeneral Andrii Verba mengetuai pembedahan tersebut kerana mengetahui bahawa bom itu boleh meletup pada bila-bila masa.

“Doktor tentera kami melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bom tangan VOG yang tidak meletup daripada badan seorang anggota tentera,” kata Gabenor Bakhmut, Serhii Borzov dalam satu hantaran di Facebook Isnin lalu.

Bom tangan hidup menusuk dalam tubuh askar Ukraine, boleh meletup bila-bila masa

Bom VOG dilancarkan daripada pelancar grenad yang dipasang pada sepucuk raifal. Pembedahan itu dilakukan hanya bersama dua askar lain disebabkan ancaman letupan.

Pakar bedah tidak dapat menjalankan prosedur elektrokoagulasi iaitu pembedahan menggunakan haba untuk mengawal pendarahan dan memusnahkan tisu abnormal kerana ia berkemungkinan mengaktifkan bom tersebut.

Bagaimanapun, Dr. Verba berjaya melakukan pembedahan dan mengeluarkan bom tangan itu, kata Borzov.

“Pembedahan itu berjaya dan askar yang cedera dihantar untuk pemulihan dan rehabilitasi selanjutnya,” tambah beliau.

Dr. Verba adalah salah seorang pakar bedah paling berpengalaman di Ukraine yang berpangkalan di rantau Donbas sejak 2014, lapor portal berita Daily Mail.

Beliau telah diberikan anugerah negara sebagai Doktor Kehormat Ukraine dan Doktor Sains Perubatan selain telah mengetuai beribu-ribu operasi di lapangan.

Baca Lagi:
Polis ajak rakan sekerja ‘jamah’ isteri ditahan
“Bapa dari neraka”, didakwa rogol anak 3 tahun dalam bilik air
Isteri terkejut suami senyap-senyap fail cerai, rupanya ada kekasih baru