Bolehkah wanita berbaju lengan pendek baca al-Quran?

Photo of author

By Syima Iza

Bolehkah wanita berbaju lengan pendek baca al-Quran?

Bolehkah seorang perempuan ketika berada di rumah membaca Quran dengan hanya memakai baju berlengan pendek dan adakah dia tetap mendapat pahala?

Jawapan:

Bolehkah wanita berbaju lengan pendek baca al-Quran?

Harus hukumnya membaca Quran dengan memakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan sempurna, seperti tidak memakai tudung atau memakai baju lengan pendek bagi perempuan. Namun, adalah lebih baik bagi seorang perempuan untuk menutup aurat dengan sempurna, termasuk memakai tudung dan pakaian yang menutup seluruh tubuh ketika membaca Al-Quran, kerana ia lebih menepati syarat kesopanan dalam Islam.

Tersebut pada Fatwa Majlis Agama Islam Baitul Maqdis:

لا مانعَ أنْ تقرَأَ المرأةُ القُرْآنَ الْكَرِيمَ ، وهِيَ كاشِفَةٌ رَأْسَهَا، ولكنَّ الأفضلَ أنْ تلْبَسَ اللِّبَاسَ الشَّرْعِيَّ الكَامِلَ مِنْ بابِ الأَدَبِ مَعَ المصْحَفِ

Ertinya: “Tiada halangan seorang perempuan membaca Al-Quran dalam keadaan terbuka kepalanya akan tetapi yang afdhal bahawa perempuan itu memakai pakaian yang sempurna menurut syarak sebagai meraikan adab bersama Al-Quran.”

Dan jika dia menutup aurat dengan sempurna mudah baginya untuk melakukan sujud sajadah ketika sampai pada ayat sajadah ketika membacanya itu.

Berkata Dr Nuh Ali Salman Mufti Jordan:

نعم يجوز؛ لأنه ليس من شروط قراءة القرآن أن تكون المرأة محتجبة، ولكن يستحب لها ذلك كي تكون متهيئة لسجود التلاوة أثناء القراءة

Ertinya: “Ya harus (membaca Quran dalam keadaan tidak menutup aurat) kerana tidak disyaratkan tutup aurat bagi perempuan yang hendak membaca Al-Quran akan tetapi disunatkan baginya tutup aurat supaya dia sentiasa bersedia bagi sujud sajadah di pertengahan bacaannya.”

Kesimpulannya harus atas perempuan yang berbaju lengan pendek di dalam rumahnya seperti dalam soalan membaca Quran dan dapat baginya pahala membaca Quran seperti orang lain tetapi jika dia menutup aurat dengan sempurna adalah lebih afdal.

Baca Lagi:
Kereta sewa ‘Rabak’ teruk, rupanya penyewa buat angkut kelapa sawit
Mahu lariskan jualan & senang dapat kerja, masyarakat di China kini fokus belajar bahasa Melayu
Rakyat Malaysia antara yang percaya wujudnya mahkluk asing