Boleh sewa helikopter pulang berhari raya di kampung

Photo of author

By Syima Iza

Orang ramai yang berkemampuan dibenarkan menyewa perkhidmatan helikopter daripada syarikat penerbangan sah dan diiktiraf jika mahu pulang ke kampung halaman berhari raya.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, kebiasaan beliau hanya mendengar helikopter disewa khas untuk mengangkut pekerja dalam industri minyak dan gas ke pelantar minyak selain disewa ahli korporat.

“Namun sekiranya ada individu yang mahu pulang ke kampung halaman dengan menaiki helikopter, mereka perlu mendapatkan khidmat syarikat penerbangan diiktiraf sahaja.

Boleh sewa helikopter pulang berhari raya di kampung

“Bagaimanapun kos menyewa helikopter bagi tujuan ini adalah sangat tinggi,” katanya

selepas majlis pecah tanah bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chun Yin di Titi di sini, tadi.

Hadir sama Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias yang juga Ahli Parlimen Jelebu.

Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah berkata, orang ramai yang berkemampuan boleh menyewa perkhidmatan daripada pelbagai syarikat yang ada menawarkan sewaan helikopter.

Boleh sewa helikopter pulang berhari raya di kampung

“Namun mereka tidak boleh menyewa helikopter milik persendirian.

“Kebiasaan syarikat yang sah dan diiktiraf mengetahui peraturan penerbangan dan sudah biasa dengan selok belok penerbangan.

“Sebarang bentuk penerbangan di dalam negara ini perlu mengikut undang-undang dan peraturan ditetapkan antaranya kapal terbang atau helikopter perlu didaftarkan, mesti ada hubungan komunikasi dua hala dengan menara kawalan, tidak boleh suka-suka terbang atau mendarat di mana-mana sahaja,” katanya.
Baca Juga:
Bayi hampir maut, suami isteri sedang ‘khayal’ dadah bancuh susu dengan syabu
Apa salah anjing itu? Sampai kena rotan begitu teruk sekali!
Gambar Maula Al-Amin dijual RM22.55 di platform e-dagang