Boleh saman tunang jika batal perkahwinan

Photo of author

By Syima Iza

Boleh saman tunang jika batal perkahwinan.

Individu yang berdepan masalah tunang mereka membatalkan perkahwinan, boleh mengambil tindakan saman dengan membawa kes tersebut di mahkamah.

Menerusi penerangan seorang peguam dikenali sebagai Lawyer Gandhi pada TikTok, beliau berkata, bagaimanapun mereka harus memastikan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan saman.

Boleh saman tunang jika batal perkahwinan

“Ya anda boleh (saman), tapi harus ingat perkara berikut. Pertama, anda perlu pastikan ada perjanjian yang jelas untuk berkahwin, contohnya jika kedua-dua pihak sudah menghantar kad jemputan kahwin.

“Antara ganti rugi boleh dituntut adalah semua perbelanjaan bagi pertunangan dan juga persiapan perkahwinan. Ini termasuk pemulangan mas kahwin dan juga apa-apa hantaran,” katanya menerusi video yang dimuat naik baru-baru ini.

Beliau berkata, perjanjian yang memungkinkan mereka untuk berkahwin itu boleh dituntut melalui Mahkamah Syariah bagi orang Islam, manakala mahkamah sivil untuk mereka yang bukan Islam.

“Ingat, jangan mudah berjanji jika kita tidak dapat menunaikannya,” katanya.

@lawyergandhi Bolehkah anda saman tunang yang membatalkan perkahwinan pada saat-saat akhir? #tiktokguru #lawyergandhi #tunangan #saman #tiktokawardsmy #roadtotiktokawardsmy #ex #bekastunang #weddingcancelled ♬ Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) – Ghea Indrawari

Baca Lagi:
Masjid runtuh timpa jemaah sedang sujud solat asar, 10 maut 30 cedera
Budak lelaki 7 tahun disyaki jadi mangsa dera ibu bapa, penduduk setempat serbu rumah
Akibat percaya kepada bomoh penarik wang, lelaki rugi RM22,000 duit bertukar jadi bantal