Boleh ke guna lampu albino pada kenderaan?, ini penjelasan abang JPJ.
Sudah menjadi satu hobi buat para pencinta automotif untuk memodifikasi kenderaan yang dimiliki agar kelihatan lebih cantik atau lain daripada yang lain
Bagaimanapun, tidak semua modifikasi yang dilakukan itu dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Tular sebuah video baru-baru ini di TikTok memaparkan seorang lelaki yang juga anggota JPJ telah tampil menjelaskan tentang penggunaan lampu albino pada kenderaan mengikut syarat yang ditetapkan jabatan tersebut kerana banyak soalan yang diajukan kepadanya mengenai penggunaan lampu itu.
Menurutnya, antara syarat utama untuk membolehkan pemasangan lampu albino adalah sesuatu kenderaan itu mestilah mempunyai reflector pemasangan asal kilang di bahagian bonet atau bumper belakang.
“Pada lampu asal memang terdapat satu sifat iaitu bersifat pantulan yang boleh memantulkan cahaya dalam keadaan kesemua lampu tersebut tidak berfungsi yang mana sifat ini tidak ada pada lampu albino,” jelasnya.
Namun, kenderaan yang tidak memiliki pantulan cahaya asal semasa pengeluarannya tidak dibenarkan untuk menggunakan lampu albino.
Nyalaan lampu mesti mengikut spesifikasi yang ditetapkan
Menurut Rahman, nyalaan bagi setiap mentol juga mestilah mengikut spesifikasi yang telah dikehendaki oleh Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya.
“Nyalaan lampu ketika malam dan brek mestilah berwarna merah, nyalaan lampu isyarat berwarna kuning dan lampu undur (reverse) berwarna putih,” jelasnya lagi.
“Maaf aku memang tak minat albino, merah lagi menyerlah” – Netizen
Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 156.7K tontonan, 5.9K tanda suka dan 286 komen di TikTok.
@rahmanpotente♬ original sound – rahman potente
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Berikut merupakan antara komen daripada netizen di TikTok: