“Boleh hilang akaun bank”- Individu ini berjaya dapat semula duit selepas lakukan 20 kali transaksi kepada bank ‘Scammer’

Photo of author

By Syima Iza

“Boleh hilang akaun bank”- Individu ini berjaya dapat semula duit selepas lakukan 20 kali transaksi kepada bank ‘Scammer’.

Kes penipuan atau scam semakin kerap dilaporkan di negara ini, malah melibatkan wang berjumlah puluhan ribu ringgit.

Terbaharu, media melaporkan tentang seorang wanita yang tidak berkesempatan menunaikan umrah kerana menjadi mangsa scam.

"Boleh hilang akaun bank"- Individu ini berjaya dapat semula duit selepas lakukan 20 kali transaksi kepada bank 'Scammer'

Untuk makluman, Asia Scam Report 2024 oleh Global Anti-Scam Alliance sebelum ini mendedahkan rakyat Malaysia sebagai yang paling mudah ditipu secara berulang berbanding negara-negara Asia lain.

Barang Yang Dipesan Individu Tidak Dihantar

Apabila berdepan dengan situasi seperti ini, kebanyakan mangsa pasti akan melaporkan kejadian itu dan mencari cara untuk mendapatkan kembali wang mereka.

Menerusi satu hantaran di laman X, seorang individu mendakwa bahawa dia telah ditipu baru-baru ini apabila tidak menerima barang yang dipesan setelah sekian lama.

Setelah menyemak ulasan di media sosial, barulah dia menyedari bahawa perkara itu sudah biasa berlaku ke atas pelanggan kedai dalam talian berkenaan.
Walaupun jumlahnya kecil baginya, iaitu hanya RM53, namun dia memilih untuk tidak mendiamkan diri dan mengambil tindakan sendiri.

Individu Dakwa Berjaya Dapatkan Semula Wang Dibayar

Dia berkata telah melakukan transaksi bank bernilai 1 sen sebanyak 20 kali kepada akaun di mana pembayaran dibuat sebelum ini. Malah, dia turut menulis ‘scammer’ pada ruang butiran pembayaran.

Dakwanya, selepas melakukan perkara tersebut, penjual berkenaan telah menghubunginya dan memulangkan semula wang yang dibayar.

“Mereka takutlah. Saya bersedia untuk terima sahaja apa yang berlaku. Jumlah yang saya bayar kecil, hanya RM53. Tapi saya bukan seseorang yang boleh bertolak ansur dengan perkara seperti ini,” katanya.

Di ruangan balas, dia berkata telah membaca tips agar melakukan transaksi bank sedemikian di Facebook Tanya Peguam.

"Boleh hilang akaun bank"- Individu ini berjaya dapat semula duit selepas lakukan 20 kali transaksi kepada bank 'Scammer'

"Boleh hilang akaun bank"- Individu ini berjaya dapat semula duit selepas lakukan 20 kali transaksi kepada bank 'Scammer'

Orang Ramai Kongsi Tindakan Tersebut Boleh Sebabkan Akaun Bank Penerima Disekat

Perkongsian oleh individu terbabit sememangnya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan segelintir pengguna media sosial.

Ada yang mempersoalkan bagaimana transaksi tersebut dapat menyebabkan scammer terbabit memulangkan semula duitnya.

Dalam pada itu, beberapa individu tampil memberi jawapan. Secara teorinya, transaksi yang dilakukan secara berulang kali ke akaun bank yang sama akan menyebabkan akaun tersebut ditandakan sebagai mencurigakan.

Seorang individu berkata perkara tersebut merupakan salah satu tanda penting bagi akaun yang bermasalah menurut Pencegahan Pengubahan Wang Haram atau AMLA.

Apabila sebuah akaun dicurigai, pihak bank boleh mengambil tindakan dengan memulakan siasatan dan melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Malah, transaksi yang dinyatakan sebagai ‘scammer’ berkemungkinan akan menyebabkan akaun bank penerima disekat.

"Boleh hilang akaun bank"- Individu ini berjaya dapat semula duit selepas lakukan 20 kali transaksi kepada bank 'Scammer'

"Boleh hilang akaun bank"- Individu ini berjaya dapat semula duit selepas lakukan 20 kali transaksi kepada bank 'Scammer'

"Boleh hilang akaun bank"- Individu ini berjaya dapat semula duit selepas lakukan 20 kali transaksi kepada bank 'Scammer'

Jika anda masih tidak menerima barang yang dipesan setelah sekian lama, cuba hubungi penjual kembali dan bertanyakan status penghantaran.

Bagi pembelian yang dibuat menerusi platform beli-belah dalam talian, adukan perkara tersebut menerusi servis pengguna yang disediakan.

Sekiranya penjual tidak mengendahkan anda, lakukan laporan polis. Anda juga boleh melakukan aduan mengenai perkara tersebut ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).

Di samping itu, pengguna juga boleh memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang berfungsi dalam:

  1. Menyediakan forum alternatif kepada Mahkamah Sivil untuk pengguna membuat tuntutan tebus rugi berkenaan dengan pembelian barang atau memperoleh perkhidmatan secara mudah, murah dan cepat.
  2. Mendengar dan mengadili tuntutan dengan bebas, adil dan saksama.
  3. Membangunkan undang-undang berhubung perlindungan pengguna.

Baca Lagi:
Jangan tersalah pilih! Ini perbezaan 3 jenis minyak enjin kereta
“Duduk rumah tapi duit masuk”, Ini senarai 10 pekerjaan dari rumah yang ‘High Demand’ masa kini
Satu taman perumahan di Saujana Utama dilanda ‘Mini Tsunami’