Boikot gagal, 85,000 tiket konsert Bruno Mars yang akan berlangsung di SNBJ ‘Sold out’

Photo of author

By Syima Iza

Biarpun teruk dikecam rakyat Malaysia kerana dikatakan pro-Israel, tiket konsert penyanyi antarabangsa Bruno Mars Live in Kuala Lumpur sudah habis terjual dalam tempoh yang singkat.

Perkara tersebut diumumkan penganjur, Live Nation Malaysia menerusi sebuah hantaran dalam media sosial.

“Tiket kami secara rasminya sudah terjual sepenuhnya.

Boikot gagal, 85,000 tiket konsert Bruno Mars yang akan berlangsung di SNBJ 'Sold out'

“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bagi anda semua untuk konsert Bruno Mars Live in Kuala Lumpur,” tulis penganjur.

Pelantun lagu Just The Way You Are itu akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berkapasiti sehingga 85,000 pengunjung pada 17 September ini.

Terdahulu, konsert Bruno Mars berdepan kontroversi apabila pemenang 15 trofi Grammy itu dikatakan penyokong Zionis.

Dakwaan itu timbul setelah tular sebuah keratan akhbar memetik kenyataan dikeluarkan penyanyi itu yang menyatakan rasa cintanya terhadap Israel semasa persembahannya di Tel Aviv, tahun lalu.

Sejak minggu lalu, terdapat gerakan dalam media sosial menyeru orang ramai untuk memboikot konsert artis itu di Malaysia dengan tanda pagar ‘Say No to Bruno’.

Baca Juga:
Tular dakwaan belindan kubur dialih, batu nisan dicabut demi pertandingan, imam tampil beri penjelasan
Suspek kelar leher lelaki OKU dengan pisau lipat ditahan polis
Warga emas rentung dalam Lamborghini, kemalangan di Lebuh Raya Karak