Black Hanifah dedah macam mana dia boleh ada banyak duit hingga boleh beli kapal & tanah di Pulau Langkawi.
Penyanyi Black Hanifah pernah menjadi perhatian warganet apabila terpalit dengan kontroversi berhubung dakwaan kes penggubahan wang haram atau ‘cuci duit’.
Menerusi podcast Bukak Mulut, Black, atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah, berkongsi penjelasan tentang cara beliau menguruskan perbelanjaan dan simpanan hasil kemenangan dalam program Mentor.
“Saya menang Mentor dapat RM100,000 dan sebuah kereta. Kereta saya bagi kepada ayah saya, dan RM100,000 itu saya simpan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).
“Saya nak beli kereta, tapi ayah saya kata jangan. Dia suruh saya beli rumah dahulu. Saya beli rumah dengan harga RM248,000 dan rumah itu saya bagi mak ayah saya tinggal,” katanya.
Menurut Black, pada masa itu lagu-lagu hits miliknya semakin popular, dan beliau sering mendapat jemputan persembahan setiap Jumaat, Sabtu, dan Ahad selama beberapa tahun.
@affendyjailani #bukakmulut #malaysiatiktok #fypmalaysia #foryou #foryoupage #tiktokmalaysia #fypシ゚viral #blackhanifah ♬ original sound – Affendy Jailani
“Memang saya seronok lepas beli rumah pertama, hampir-hampir ‘lingkup’ juga, tapi disebabkan setiap minggu ada persembahan, duit itu tak pernah putus,” tambahnya.
Pelantun lagu Teman Pengganti itu turut mendedahkan bahawa selepas berkahwin, isterinya banyak membantu menguruskan kewangan dan simpanan mereka.
“Hujung 2012 saya berkahwin dan beli sebuah lagi rumah. Saya sebenarnya seorang yang boros, tapi isteri saya tolong uruskan duit-duit ‘show’ saya.
“Hasil simpanan itu, saya berjaya beli rumah ketiga. Saya bukan jenis nak beli Lamborghini, tapi saya lebih memilih untuk masa depan, mengumpul harta dahulu,” katanya.
Bukan Aktiviti ‘Cuci Duit’
Black menafikan dakwaan bahawa kekayaannya adalah hasil daripada aktiviti penggubahan wang haram. Menurutnya, segala hartanya, termasuk tanah di Pulau Langkawi dan sebuah kapal, diperoleh daripada hasil kerja kerasnya sendiri.
“Mak saya nak sebuah rumah di kampung, jadi saya buat rumah di sana dan jual rumah pertama saya dengan harga RM600,000.
“Kemudian, duit itu saya simpan. Ingat saya ni boros sangat ke? Saya ada duitlah. Mana nak ‘cuci’ duit itu? Nak ambil duit dari mana? Siapa nak bagi duit kalau bukan kita sendiri yang usahakan,” tegasnya.
Beliau menambah bahawa daripada hasil simpanan tersebut, beliau membeli tanah sedikit demi sedikit di Pulau Langkawi dan sebuah kapal.
Kontroversi bermula apabila tular video memaparkan kapal milik Black di Pulau Langkawi, sehingga menimbulkan spekulasi tentang sumber kewangannya. Ramai warganet mempersoalkan kemampuan penyanyi berusia 36 tahun itu untuk memiliki kapal mewah berkenaan.