‘Bimbong’ kucing cacat istimewa suka mendengar alunan ayat suci al-Quran

Photo of author

By Syima Iza

‘Bimbong’ kucing cacat istimewa suka mendengar alunan ayat suci al-Quran.

Tabiat suka mendengar alunan ayat suci al-Quran menjadi keistimewaan kucing jantan yang diberi nama Bimbong.

Penjaganya, Zalina Zakaria, 52, berkata Bimbong yang dipelihara sejak berusia lima bulan akan duduk atau berbaring di tepi sambil merenungnya atau suami ketika mereka mengaji.

'Bimbong' kucing cacat istimewa suka mendengar alunan ayat suci al-Quran

Katanya, seolah-olah faham dengan apa yang dialunkan, Bimbong juga hanya tenang dan diam ketika ayat suci diperdengarkan.

“Dia memang istimewa, walaupun kini Bimbong sakit kerana patah kaki, dia tetap penting dalam hidup saya,” katanya ketika dihubungi.

Bercerita lanjut, Zalina yang menetap di Melor, Kota Bharu berkata, sudah hampir lima tahun dia memelihara Bimbong yang asalnya kucing jalanan selepas dibuang oleh penjaga terdahulu.

Disebabkan sayangkan kucing dan tidak sampai hati melihat Bimbong, Zalina menyelamatkan haiwan itu dengan membawanya pulang ke rumah.

“Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Bimbong hilang seharian. Puas saya mencari sehinggalah jiran beritahu ada nampak kucing dilanggar.

“Rupanya itu Bimbong dan ia bersembunyi dalam semak di tepi jalan. Waktu itu pula, klinik haiwan banyak tutup, jadi saya terpaksa merawatnya sendiri kerana kaki Bimbong tak dapat berdiri tegak.

“Apabila ada kelonggaran pada waktu PKP itu, saya bawa Bimbong ke klinik, namun doktor beritahu tak dapat buat apa-apa kerana sudah terlambat,” katanya.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu juga memberitahu kucing kesayangannya itu sangat mudah dijaga dan Bimbong hanya makan ikan rebus tawar, ayam goreng serta makanan kucing.

Katanya, dalam kebanyakan masa, Bimbong akan berada di dalam rumah dan hanya keluar untuk tempoh seketika sahaja.

“Boleh dikatakan Bimbong di luar rumah tak lama, sekadar ambil angin saja dan Alhamdulillah, beratnya kini pun sudah mencecah tujuh kilogram (kg).

“Bimbong kucing yang baik dan tak ada perangai pelik, makan pun tak berebut serta boleh dikatakan mendengar kata. Itu sebabnya kami sekeluarga sangat menyayanginya,” katanya.

Zalina banyak berkongsi gelagat Bimbong di media sosial hingga menarik perhatian ramai pencinta kucing.

Baca Lagi:
Wanita tak tahan kena kacau dengan hantu di rumah sewa, bebel pasal masalah hidup, hantu terus hilang
Perjalanan kereta api paling panjang dan lama di dunia, makan masa lebih 21 hari
Rakyat Malaysia berebut nak pergi UK jadi tukang batu, gaji ditawar RM900 sehari