Pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad sentiasa mengingatkan isterinya iaitu Syafiqah Aina agar sentiasa memeriksa telefon bimbitnya supaya tiada timbulnya isu kecurangan.
Menurut Hafiz, biarpun dia tidak melakukan perbuatan tersebut namun dia mahu isterinya tidak terlalu meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadapnya.
“Saya selalu beritahu Aina, ‘sayang, lelaki ini dekat mana-mana ujian dia adalah itu. Mungkin hati dia dan sebagainya. Tapi selagi abang bernafas, InsyaAllah akan jaga’.
“Saya cakap juga dekat isteri, kalau saya diuji macam itu, tolong tarik saya. Tapi saya usaha, kita tak tahu takdir Allah macam mana, ujian itu kita tak tahu dan sekuat mana orang lelaki itu boleh tempuh ujian itu.
“Walaupun saya hanya ada Aina, tapi saya selalu cakap dekat dia ‘jangan percaya sangat abang, kena check juga… phone kena check’. Yela, pekerja dan usahawan saya pun ramai wanita.
“Walaupun saya tak buat pun, tapi saya nak dia check telefon supaya sekurang-kurangnya ada perasaan takut,” katanya kepada Gempak.
Hafiz ditemui di malam Anugerah AINAA Super Seven Awards sempena ulang tahun AINAA ke-7 yang diadakan di Zepp, Kuala Lumpur.
Terdahulu, netizen menasihati Hafiz agar tidak menduakan isterinya selepas kontroversi pempengaruh Aliff Teega mengakui sudah berkahwin dua.