Bimbang berlaku curang pandang wanita lain, lelaki ini dirantai seperti haiwan peliharaan

Bimbang berlaku curang pandang wanita lain, lelaki ini dirantai seperti haiwan peliharaan

Bimbang berlaku curang pandang wanita lain, lelaki ini dirantai seperti haiwan peliharaan. Topik berkenaan pasangan curang sentiasa menjadi bualan hangat oleh masyarakat setempat. Isu ini kadang kala membimbangkan para suami yang turut terkena tempias kemarahan wanita terhadap isu-isu terkini.

Bercerita tentang curang, seorang wanita di Indonesia menarik perhatian ramai apabila dia merantai teman lelaki di leher menggunakan rantai besi. Kejadian difahamkan berlaku di sebuah kawasan di Indonesia.

Dalam satu temu bual, wanita ini berkata dia berbuat sedemikian kerana khuatir teman lelakinya itu berlaku curang dan memandang wanita lain.

Bimbang berlaku curang pandang wanita lain, lelaki ini dirantai seperti haiwan peliharaan

Sambung wanita ini, meskipun mereka baru sahaja bersama selama tiga bulan, teman lelakinya pernah curang bersama beberapa wanita lain. Mungkin mahu menjaga keharmonian hubungan mereka, merantai di leher adalah salah satu usaha wanita ini untuk menjaga pasangannya.

Meskipun dirantai di leher seperti seekor haiwan peliharaan, remaja lelaki tersebut dilihat tidak kisah dengan tindakan teman wanitanya. Malah, mereka sempat bergurau senda ketika ditemu bual.

Video ini ternyata mencuri perhatian ramai warganet yang berasa aneh dengan gelagat pasangan ini. Ada yang beranggapan wanita tersebut bersikap keterlaluan terhadap teman lelakinya, namun ada juga yang mengatakan mereka hanya bergurau senda demi sebuah konten.

@andy_tumereBiar Risky gak kabur kaburan♬ suara asli – Andy Tumere

Jangan lupa follow kami! Twitter , Facebook

Baca Lagi:
Suami mendidih tengok officemate lelaki lap mulut bini semasa lunch
Jurulatih bola tampar mohon maaf, sedia berdepan tindakan
Pelanggan ‘naik angin’ marah juruwang hamil tujuh bulan tutup kaunter tanpa makluman
CATEGORIES