Bilik hotel termahal di dunia, satu malam RM440,350

Bilik hotel termahal di dunia, satu malam RM440,350

Bilik hotel termahal di dunia, satu malam RM440,350. Sebuah hotel di Las Vegas dianggap paling mahal di dunia kerana mengenakan bayaran AS$100,000 (RM440,350) untuk penginapan satu malam, lapor portal berita Daily Mirror kelmarin.

Bilik suite itu mempunyai keluasan 836 meter persegi dan memiliki pelbagai kemudahan seperti pawagam peribadi, bar 13 tempat duduk, ruang istirahat yang cukup besar untuk lebih 50 tetamu serta ruang makan di The Empathy Suite, The Palms Casino Resort.

Ia direka oleh Damien Hirst iaitu seorang artis seni British terkenal yang menggunakan berlian pada karyanya.

Bilik hotel mahal di dunia, satu malam RM440,350

Salah satu karya seni artis berkenaan terdapat di dalam bilik tersebut yang berbentuk sebuah tangki gergasi dengan dua ekor ikan jerung tergantung di dalamnya.

Bagaimanapun, segelintir orang yang berkemampuan sebenarnya boleh tinggal secara percuma di suite itu tetapi perlu membuktikan bahawa mereka mempunyai kad kredit dengan had melebihi AS$1 juta (RM4.40 juta).

Jangan lupa follow kami! Twitter , Facebook

Baca Lagi:

Adik selebriti terkenal berkahwin dengan Zainal Abidin?
Warganegara China dipukul, buat pusingan ā€˜Uā€™ menyebabkan penunggang maut
Pemandu lori mabuk lawan arus langgar kereta
CATEGORIES