Bila pelancong China ingat kau artis buat ramai terhibur.
“Pelancong ingat kau artis sedangkan tengah bergambar prakonvokesyen.”
Demikian reaksi pengguna TikTok @nrl_.Izzati apabila dia dan rakan-rakannya ‘diserbu’ oleh pelancong dari China ketika mereka sedang bergambar di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Menerusi video berdurasi 26 saat itu, kelihatan sekumpulan pelancong China tidak melepaskan peluang merakam gambar bersama beberapa pelajar yang memakai jubah konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai, dan ada juga yang terhibur dengan gelagat pelancong asing tersebut.
“Jubah konvo ni bukan selalu ada. Jadi, memang peluang keemasan mereka dapat bergambar. Memang mantap,” tulis Mr.k.
@nrl_.izzati Rasa famous jap 😂 #preconvo #preconvophotoshoot #usim #convocation #dataranmerdeka ♬ original sound – Izzati Fauzi🦋
“Sebenarnya rugi kalau melancong tapi tak ambil gambar dengan orang tempatan. Lagipun, jubah tu cantik sangat. Kalau saya pun, mesti nak ambil kesempatan bergambar dengan korang,” kata wanyy.
“Pernah bergambar di luar selepas bersanding. Macam ini juga. Masa tu rasa macam kau akan jadi terkenal satu hari nanti,” kata @maiii.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima sebanyak 99,100 tontonan dan 87,300 tanda suka.