Bila kucing bandar balik kampung buat ramai orang terhibur.
Pencinta kucing pasti sudah biasa dengan pelbagai kerenah si bulus di rumah, tidak kira sama ada baka mahal atau kucing kampung.
Semakin membesar, semakin banyak ragamnya, terutama dalam membuat pilihan – tak ubah seperti manusia!
Baru-baru ini, seekor kucing mencuri perhatian apabila dilihat bersantai di dalam peti ais kerana kepanasan dan langsung enggan dikeluarkan oleh tuannya.
Kucing ‘Landing’ Dalam Peti Ais
Satu video tular di TikTok (@sislynnn) memaparkan aksi seekor kucing dengan selambanya berbaring di dalam peti ais, meskipun tuannya cuba menariknya keluar berkali-kali.
@sislynnnMenggelupur kalau takda aircond. Pastu pantang nampak peti ais terbuka, terus nak landing 😂
“Menggelupur kalau tak ada ‘aircond’. Lepas tu, pantang nampak peti terbuka, terus nak ‘landing’ di dalam,” tulis pemiliknya di kapsyen.
Pemilik video itu juga berseloroh bahawa inilah ragam kucing bandar apabila dibawa pulang ke kampung!
Netizen Terhibur Dengan Aksi Spontan Kucing Itu
Di ruangan komen, ramai netizen terhibur melihat gelagat si bulus. Ada juga yang berkongsi pengalaman sama dengan kucing mereka yang mempunyai ‘cita rasa’ tinggi dalam mencari tempat selesa.
Kucing Cari Tempat Sejuk, Tanda Demam?
Kucing memang sensitif terhadap perubahan suhu, sama ada panas atau sejuk. Jika si bulus tiba-tiba suka mencari tempat sejuk, ia tidak semestinya mengalami demam.
Namun, jika terdapat tanda-tanda berikut, ia mungkin petunjuk bahawa kucing anda kurang sihat:
🐾 Kurang aktif – Jika sebelum ini lincah tetapi tiba-tiba hanya terbaring dan tidak bermaya.
🐾 Tidur berlebihan – Kucing memang suka tidur, tetapi jika lebih lama daripada biasa, anda perlu mula mengambil perhatian.
🐾 Hilang selera makan dan minum – Demam boleh menjejaskan metabolisme badan, menyebabkan kucing kurang berminat untuk makan atau minum.
Jika tanda-tanda ini berlarutan, sebaiknya bawa kucing anda ke klinik haiwan untuk pemeriksaan lanjut.