Bil elektrik tetap murah kalau pakai aircond lebih pada 3 di rumah, ini caranya

Bil elektrik tetap murah kalau pakai aircond lebih pada 3 di rumah, ini caranya

Bil elektrik tetap murah kalau pakai aircond lebih pada 3 di rumah, ini caranya.

Sekarang, semua barang dah naik harga, kadang-kadang tu bil elektrik pun melambung tinggi sampai kita pun pening memikirkan cara untuk memastikan komitmen penting dapat dibayar pada tepat masanya.

Kita juga mesti akan cari jalan untuk kurangkan kos perbelanjaan rumah tetapi dalam keadaan cuaca yang panas melampau, susah untuk jimatkan elektrik lebih-lebih lagi jika pakai pendingin hawa.

Kalau cuaca terlampau panas, pendingin hawa mesti dihidupkan sepanjang hari kerana mahu pastikan rumah berada dalam keadaan sejuk dan selesa. Tak salah pakai pendingin hawa satu hari dan dalam masa yang sama nak jimatkan bil elektrik kalau korang tahu cara yang betul.

Bil elektrik tetap murah kalau pakai aircond lebih pada 3 di rumah, ini caranya

Jadi kalini min nak kongsikan beberapa tips untuk jimatkan penggunaan elektrik walaupun korang pakai lebih daripada satu pendingin hawa atau aircond di rumah.

Pertama, korang kena cari pendingin hawa yang ada penarafan cekap tenaga (EER), lebih banyak bintangnya, lebih cekap ia menjimatkan tenaga. Penting untuk ambil tahu tentang EER ini kerana ia akan membantu mengurangkan lagi kos elektrik.

Kemudian, pastikan pendingin hawa korang ada fungsi inverter. Harga mungkin sedikit tinggi daripada yang bukan inverter, tapi memang banyak korang boleh jimat dalam jangka masa panjang.

Selain tu, elakkan kerap buka tutup aircond kerana lebih banyak elektrik akan digunakan untuk menyejukkan semula ruang bilik anda.

Lepas itu, jangan pula biarkan tingkap tidak berlangsir, pastikan ia mempunyai kain yang menghalang pancaran matahari masuk secara terus. Lebih gelap warna langsir, lagi bagus untuk pastikan pendingin hawa berfungsi dengan baik.

Tapi sebenarnya, pemilihan pendingin hawa sangat memainkan peranan dalam memastikan bil elektrik tidak melambung tinggi.

Guna penyaman udara LG DualCool je, lebih mudah

Cara yang paling mudah untuk jimatkan elektrik ialah dengan menggunakan penyaman udara LG DualCool yang mempunyai pelbagai kelebihan menyumbang kepada pengurangan bil elektrik.

Semuanya yang korang nak, ada dekat penyaman udara LG DualCool ni. Pertamanya ia sangat cekap tenaga di mana boleh menjimatkan 70 peratus tenaga dan 40 peratus penyejukan lebih cepat berbanding penyaman udara konvensional.

Bukan tu je, pendingin hawa LG DualCool ni guna teknologi inovatif termasuk pemampat atau compressor Dual Rotary Inverter, yang boleh melaraskan kelajuan pemampat untuk memenuhi permintaan penyejukan bilik.

Ia juga menyediakan platform kawalan pintar ‘ThinQ’ yang bantu memudahkan korang mengawal dan memantau penyaman udara tidak kira di mana pun korang berada.

Sekali buka je korang dah boleh jimat hingga 80 peratus penggunaan tenaga sebab pendingin hawa LG ni ada kawalan tenga aktif (AEC) yang membolehkan pengguna pilih tahap kuasa yang diingini.

Jadi, jimat juga kalau pasang pendingin hawa ni lebih-lebih kalau guna yang ada AEC macam LG, yang mampu jimatkan tenaga menggunakan kawalan tenaga aktif.

Kalau nak cakap tentang ketahanan, pendingin hawa LG ni dibina menggunakan bahan berkualiti tinggi yang mampu bertahan walaupun dalam cuaca buruk. Jika kompresor rosak, korang jangan bimbang kerana ia juga mempunyai waranti selama 10 tahun.

Jadi memang sesuai sebenarnya kalau letak pendingin hawa LG ni di rumah korang, kerana selain apa yang dinyatakan di atas ia juga memberi keselesaan yang berpanjangan.

Penyaman udara ni juga punyai ciri mesra pengguna dan disebabkan itu ia menjadi pilihan popular dalam kalangan pengguna yang mencari penyelesaian penyaman udara berkualiti tinggi dan boleh dipercayai.

Yang lebih penting, ia mempunyai fungsi yang ramai suka iaitu menjimatkan elektrik selain mesra alam. Kalau nak dapatkan penyaman udara LG DualCool ni, korang tekan je sini.

Lepas ini, nak pakai tiga pendingin hawa pun tak jadi masalah, tak perlu risau lagi pasal bil elektrik bila pasang penyaman udara LG DualCool di rumah korang.

Baca Lagi:
Senarai jenis ular suka masuk dalam rumah, No. 1 & 2 paling bisa dan bahaya
Ramai yang malu nak bertanya 6 soalan ini berkaitan Poligami
Akhirnya terjawab kenapa kucing suka buka mulut ketika terhidu sesuatu yang busuk
CATEGORIES