Biadap! Tergamak buang Al-Quran dalam longkang

Photo of author

By Syima Iza

Biadap! Tergamak buang Al-Quran dalam longkang. Tular di laman sosial video individu mengutip beberapa naskhah al-Quran yang dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab di dalam longkang berhampiran lombong Taman Sri Murni, di sini.

Menerusi video berkenaan, individu yang merakam menunjukkan anak lelakinya berada di dalam longkang untuk mengutip al-Quran yang dibuang.

Sementara itu, seorang lagi lelaki dilihat menyusun al-Quran yang dikeluarkan daripada longkang berkenaan.

Biadap! Tergamak buang Al-Quran dalam longkang

Ada al-Quran sudah terkoyak kulit muka depannya manakala yang lain dalam keadaan baik.

Lelaki yang merakam video turut meluahkan rasa kesalnya terhadap individu yang tergamak melakukan perbuatan berkenaan.

“Tengok la zaman sekarang akhir zaman, manusia tak tahu apa cerita.

“Mana yang buat kerja, dia orang buang al-Quran di dalam longkang.

“Tak tahu mana punya manusia. Tak nak baca pun simpanlah. Menitik air mata, Subhanallah!,” katanya.

Baca Lagi:
Akaun bank kena godam, duit bakal pengantin RM30,000 lesap, hanya tinggal RM6
5 sekeluarga berdepan detik cemas disamun sekumpulan lelaki bersenjata
Lelaki baru keluar dari penjara ditangkap polis kerana rogol bekas isteri