Betul ke Ruhainies & Zul Ariffin dah berkahwin?

Photo of author

By Syima Iza

Betul ke Ruhainies & Zul Ariffin dah berkahwin?

Pelakon sensasi Ruhainies menafikan penularan berita yang mendakwa dia sudah bernikah dengan aktor, Zul Ariffin.

“Jangan digula-gulakan”

Betul ke Ruhainies & Zul Ariffin dah berkahwin?

Ruhainies, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, menyatakan bahawa berita tersebut adalah palsu dan meminta orang ramai agar tidak mudah terpedaya.

“Kepada netizen yang saya sayangi, jangan biarkan pihak tidak bertanggungjawab ini gula-gulakan korang, okay.

“Korang (netizen) pasti lebih bijak. Terlalu banyak berita palsu sekarang ini, tekan-tekan rupanya link Shopee. Harap berbahagialah dan semoga murah rezeki dan halal hasilnya.”
Betul ke Ruhainies & Zul Ariffin dah berkahwin?
Betul ke Ruhainies & Zul Ariffin dah berkahwin?

Ruhainies berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

Dalam satu lagi hantaran, aktres tersebut turut memuat naik tangkapan skrin berita yang menggunakan tajuk “Terbongkar akhirnya, Zul Ariffin dan Ruhainies sebenarnya dah kahwin”.

Tidak mengambil serius, pelakon filem Roh 100 Hari itu sebaliknya mengakui terhibur membaca berita tersebut.

“Saya tak marah tau, saya cuma rasa perkara itu lucu dan menghiburkan. Benar-benar menceriakan hari saya.”

Sebelum ini, timbul juga dakwaan mengatakan Ruhainies bakal mendirikan rumah tangga dengan aktor sensasi, Aliff Aziz. Namun, perkara tersebut turut disangkal oleh aktres berkenaan.

Baca Juga:
Ramai terkejut, rupanya keluarga dari Malaysia pemilik tanah kedua terbesar di New Zealand
Hilang gaji RM783 juta setahun, gaya hidup mewah Neymar bakal berakhir
Wanita meraung lihat rakan sekerja maut dihempap mesin di kilang alat tulis