Betul ke buka aircond ketika pandu laju boleh jahanamkan ‘compressor’? Ini penjelasan lelaki ini

Photo of author

By Syima Iza

Betul ke buka aircond ketika pandu laju boleh jahanamkan ‘compressor’? Ini penjelasan lelaki ini.

Cuaca panas di Malaysia menjadikan penghawa dingin atau aircond sebagai satu keperluan, terutama di dalam kereta.

Bahkan, untuk pergi dari satu destinasi ke destinasi lain, kita sering menggunakan aircond kereta untuk kekal segar dan tidak berpeluh.

Betul ke buka aircond ketika pandu laju boleh jahanamkan 'compressor'? Ini penjelasan lelaki ini

Namun, perlu diingatkan bahawa penggunaan aircond dalam keadaan tertentu boleh menyebabkan komponen dalamannya mudah rosak, terutamanya compressor.

Bagi pemilik kenderaan, kerosakan compressor adalah sesuatu yang pasti ingin dielakkan kerana ia memerlukan kos yang tinggi untuk dibaiki.

Namun, ramai yang tidak sedar bahawa cara pemanduan mereka sendiri boleh menjadi punca utama kerosakan ini.

Pernahkah anda dengar bahawa memandu kereta dengan laju sambil membuka aircond boleh menyebabkan compressor aircond cepat rosak?

Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti perkongsian video daripada pengguna TikTok, @altimatautogarage, di bawah.

Compressor cepat rosak bila ‘drive’ laju sambil buka aircond? Menurut seorang lelaki dalam klip tersebut, memandu dengan laju sambil membuka aircond boleh memberikan tekanan tinggi kepada compressor untuk berfungsi.

“Apabila aircond dibuka, compressor akan berpusing dan magnetic clutch akan melekat pada tali kipas (fan belt) dan berputar sekali.

“Dalam compressor ini terdapat piston yang bergerak, dan perlu diingat bahawa aircond kereta mempunyai cut-off.

“Apabila sensor mengesan suhu dalam kereta sudah cukup sejuk, compressor akan dimatikan dan berhenti berputar,” jelasnya.

Tambahnya, apabila pemandu memandu kenderaan dengan laju, fan belt juga akan berpusing dengan pantas.

Perkara ini akan menyebabkan sensor aircond mengesan suhu dalam kereta dan mengaktifkan semula compressor selepas cut-off.

“Jadi apabila compressor dihidupkan, magnetic clutch akan melekat pada fan belt yang sedang berputar laju. Dan ia (magnetic clutch) akan berpusing dengan pantas secara mengejut.

“Secara tidak langsung, perkara ini akan memberikan tekanan tinggi pada compressor. Oleh itu, piston dalam compressor akan bekerja dengan lebih keras,” kongsinya.

Justeru, sebagai langkah pencegahan, beliau mencadangkan supaya pemandu hanya menggunakan blower atau membuka tingkap ketika memandu laju.

Ini adalah untuk mengelakkan compressor aircond rosak lebih awal.

Semoga bermanfaat.

@altimatautogarage Compressor aircond cepat jahanam sebab suka bawak kereta laju?!! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelkeretakuang #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #otomotifindonesia #otomotifmobil #otomotif_indonesia #otomotifzone #otomotifnet #otomotifweekly #bengkelmobil #bengkelindonesia #kereta #car #cars #carsoftiktok #carspotting #carscene #carshow #compressor #compressoraircond #trending #viral #fyp ♬ original sound – Altimat Auto Garage

Baca Lagi:
ATM emas beroperasi 24 jam, orang ramai boleh beli emas bila-bila masa
Warga emas terkejut besar wang RM18,000 tidak dituntut atas namanya ketika berkunjung ke reruai MOF
Rupanya ini punca sebenar kenapa jam dinding selalu cepat rosak