“Betul-betul jakpot”- Cleaner jumpa duit RM38,000 dalam rumah yang pemilik sudah meninggal dunia

“Betul-betul jakpot”- Cleaner jumpa duit RM38,000 dalam rumah yang pemilik sudah meninggal dunia

Tular video memaparkan sekumpulan pekerja perkhidmatan pembersihan atau cleaner jumpa wang tunai sebanyak RM38 ribu ringgit di sebuah rumah yang sedang mereka bersihkan.

Menerusi beberapa hantaran di TikTok, syarikat pekerja perkhidmatan bernama F.I.8 Empire telah memuat naik dua video memaparkan wang ringgit yang mereka temui di rumah tersebut.

Cleaner jumpa wang tunai RM38k di rumah pelanggan

"Betul-betul jakpot"- Cleaner jumpa duit RM38,000 dalam rumah yang pemilik sudah meninggal dunia

“Hari ini kami kemas rumah dan kami jumpa duit yang banyak. Nanti kami akan kira duit ini selepas ni,” katanya.

Dalam pada itu, individu yang mengambil rakaman tersebut berkongsi pemilik rumah tersebut sudah meninggal lima tahun yang lepas dan anaknya telah mengupah mereka untuk membersihkan rumah tersebut.

“Kalau ada orang tua yang sorang-sorang, terbiar, kalau dia dah takde, tolong periksa benda ni semua. Duit tu ada kat mana-mana tau, berapa banyak duit yang terselit.

“Rumah ni dah lama terbiar, pemilik dah lama meninggal, dekat lima tahun. Arwah tak bagi orang lain kemas, tapi anak dia tak mampu. Jadi anak dia panggil kami,” ujarnya.

Pada video berkenaan, individu itu bersama pekerja yang lain turut mengasingkan wang tersebut mengikut jumlahnya bagi memudahkan proses pengiraan.

@f.i.8_empire Kisah mengemasa rumah dan duit. rumah ni rumah arwah ibu owner tinggal dan baru kini ada kekuatan untuk dikemas. owner dah inform rumah ni ada duit yg banyak jadi kami kena selongkar satu persatu barang-barang sebelum buang #fi8kongsi #masukberanda #fi8empire #separuhdariimanitubersihyangpenuhkanimanituibadah #fyp #capcut #pastiusahayakinrezeki ♬ Very Sad – Enchan

Hantaran seterusnya memaparkan pihak syarikat itu menyampaikan kesemua wang yang mereka temui kepada anak pemilik rumah tersebut.

Cleaner jumpa wang tunai kepada waris pemilik rumah

“Kami dah kumpul dan kira jumlah wang ini. Dah kira-kira, duit ni lebih kurang dalam RM38 ribu dan kami nak serahkan kepada anak pemilik.

“Kami juga jumpa wang dari negara yang kami tak tahu dan itu pun kami serahkan kepada anak,” katanya.

Selain menemui wang ringgit di rumah tersebut, pekerja perkhidmatan pembersihan itu turut menemui barang kemas dan duit lama Malaysia yang tidak lagi dicetak.

@f.i.8_empire Replying to @shahrulnizam508 ada banyak sebab kenapa anak2 panggil kami untuk kemas rumah mak mereka lagi2 yg telah tiada. jika awak mampu, jadi tahniah #pastiusahayakinrezeki #capcut #fyp #separuhdariimanitubersihyangpenuhkanimanituibadah #pastiusahayakinrezeki #fi8empire #masukberanda #fi8kongsi ♬ Sad and lonely – MoppySound

Selepas menyerahkan wang ringgit dan barang kemas yang mereka temui, barulah pekerja perkhidmatan pembersihan itu meneruskan proses pembersihan rumah tersebut.

Menjengah ke ruangan komen pada video yang pertama, warganet berkongsi pengalaman mereka terjumpa wang ketika mengemas rumah.

Mak mertua meninggal, dalam rumah ada RM40 ribu

"Betul-betul jakpot"- Cleaner jumpa duit RM38,000 dalam rumah yang pemilik sudah meninggal dunia

Baca Juga:
Pemandu ambulan cekup isteri sedang bermadu kasih dengan lelaki dalam bilik hotel
Ramai tersentuh lihat reaksi 3 pelajar, guru tak sampai hati beritahu ayah sudah tiada
Kecoh isu telur penyebab keracunan makanan, ini penjelasan pakar
CATEGORIES