Betul-betul depan pentas pelamin, majlis kahwin di tengah kawasan perkuburan jadi tanda tanya

Photo of author

By Syima Iza

Sebuah majlis perkahwinan di Madura, wilayah Jawa Timur menjadi perhatian ramai kerana berlangsung di tengah kawasan perkuburan, lapor laman berita Abata News kelmarin.

Berdasarkan video dimuat naik di platform TikTok, acara itu berlangsung secara meriah dengan hiasan khemah berwarna putih dan ungu.

Apa yang paling menjadi perhatian ramai adalah sebuah kubur yang terletak betul-betul di hadapan pentas pelamin.

Betul-betul depan pentas pelamin, majlis kahwin di tengah kawasan perkuburan jadi tanda tanya

Kubur itu dikelilingi beberapa batang kayu dipacak di sekelilingnya sebagai penanda agar tetamu tidak melangkahnya.

Tidak dinyatakan alasan majlis berkenan diadakan di situ dan lokasi sebenar kawasan perkuburan itu.

Video itu kemudiannya tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Dekorasi khemah sudah cantik tetapi mengapa diadakan di kubur?” kata seorang netizen.

“Majlis perkahwinan mengingatkan kematian,” komen netizen lain.

@indozone.idMemilih lokasi pernikahan memang harus dilakukan dengan pertimbangan matang. Banyak pasangan yang memilih gedung mewah atau ballroom hotel demi ciptakan momen spesial. Namun dalam video tersebut memperlihatkan resepsi yang diselenggarakan di area pemakaman. Pengantin memilih mendirikan tenda di tengah kuburan. Meski diselenggarakan di pemakaman, tendanya yang dibangun berdiri sangat megah dengan dominan berwarna ungu. Tampak kuburan tersebut diberi pembatas tali dan kantong plastik agar tidak diinjak oleh tamu yang datang. Resepsi unik tersebut pun tentu saja mengundang banyak komentar dan kebingungan dari para netizen. “padahal udah bagus semua nya tapi diknapa harus dikuburan” tulis akun mienyemek31. “dekornya bagus semua bagus warnanya pun fav bgt tpii kenapaa harus d kuburan sih??” tulis akun elsasaja027. Video: TikTok/odenkjaya_89 [Baca berita dan informasi menarik lainnya hanya di www.indozone.id]

♬ original sound – INDOZONE

Baca Juga:

Pilot India peluk Islam selepas bawa jenazah Ulama terkenal di Malaysia
Detik cemas ‘power bank’ penumpang meletup dalam pesawat Thai AirAsia
Kucing hilang dari rumah? Boleh guna cara teknik orang Jepun dan baca doa ini!