“Besarnya lampu study dia”- Video pelajar perempuan study bawah lampu jalan raih pujian orang ramai

Photo of author

By Syima Iza

Tular satu rakaman di laman media sosial TikTok yang memaparkan seorang pelajar universiti yang gigih dan bersemangat untuk belajar meskipun hanya berbekalkan cahaya lampu jalan.

Dalam video tersebut, seorang pelajar perempuan dirakam sedang duduk di atas longkang yang ditutup dengan hanya berbekalkan meja lipat kecil dan lampu jalan di tepi kolej. Semoga dekan setiap semester.

Pemilik akaun TikTok yang berkaitan menyatakan bahawa video tersebut dirakam olehnya sekitar jam 11.30 malam di Universiti Tun Hussein Onn, Pagoh, Johor, dan telah menarik perhatian ramai warganet di platform tersebut.

"Besarnya lampu study dia"- Video pelajar perempuan study bawah lampu jalan raih pujian orang ramai

Banyak yang memuji keputusan pelajar itu untuk tidak mengganggu rakan sebilik yang perlu tidur dan memilih untuk mengulangkaji pelajaran di luar.

“Bagus, taknak kacau roommate tidur. (Saya) doa dekan setiap semester. Amin,” tulis salah seorang daripada mereka.
@ameirfann♬ original sound – Puteghaa. – Puteghaa 𒆜

Rata-ratanya mendoakan agar pelajar perempuan tersebut mendapat keputusan cemerlang dan berjaya pada masa depan hasil dari kegigihannya ini.

Ramai juga memuji keberaniannya. Walau bagaimanapun, ada yang mempersoal keberanian pelajar tersebut berada di luar berseorangan pada waktu tengah malam, dan seorang individu turut berkongsi pengalaman yang hampir serupa.

“Aku cuba sekali je kat kolej dulu. Nampak kak ponti terus duduk dalam bilik,” tulis individu tersebut.

Baca Juga:
Pesakit hidup pertama terima buah pinggang babi diubah suai, meninggal dunia
Woi, tutup telefon kau!” – Pemandu Proton Iriz main game ketika memandu kena tengking
“Tanya bini you, dia ada saka ke?” – Lelaki hairan isteri sering ‘muncul’ di setiap lokasi dia berada