‘Besar dan panjang’ – Lelaki terserempak ular sawa batik sedang melintas jalan

Photo of author

By Syima Iza

Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas bertembung dengan seekor ular sawa batik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Reptilia itu merupakan antara spesies ular terpanjang di dunia yang boleh mencecah sehingga 6.95 meter.

Menerusi perkongsian video di TikTok, pemilik akaun @jns33 memaklumkan bahawa ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum terserempak dengan haiwan itu yang sedang melintas jalan.

'Besar dan panjang' - Lelaki terserempak ular sawa batik sedang melintas jalan

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai orang yang terkejut dengan saiz reptilia tersebut yang besar dan panjang.

“Berapa meter panjang kalau macam ini besar,” kata Delvis Jeffery.

“Ya Allah, takutnya saya dulu pernah nampak memang spesies perlahan jalan kalau makan terlalu banyak,” kata Siti Aisyah.

“Kalau aku dah risau fikir mana kepala, takut tiba-tiba kepala berada di sebelah,” kata Zainey.

Perkongsian video tersebut tular di aplikasi TikTok dan berjaya meraih sebanyak 305,300 tontonan dan 7,496 tanda suka.

@jns33 orang nk cepat balik,tiba dia lintas jalan,terpksa bagi lalu#orangaslimalaysia🇲🇾🇲🇾 ♬ bunyi asal – gino²😎

Baca Juga:
Bekas juara lompat tinggi dunia mati dibunuh
Wanita terjah suami berduaan dalam kereta dengan wanita Indon, terkedu dengar suami cakap “dah la, aku tak nak kau dah”
Orang ramai gempar buaya gergasi berkeliaran di tengah jalan