Bertudung tapi pakai seluar ‘Jorts’ kemudian mention muslimah, ramai netizen tak setuju

Bertudung tapi pakai seluar ‘Jorts’ kemudian mention muslimah, ramai netizen tak setuju

Sering dilihat di media sosial anak-anak muda yang memilih untuk ekspresi diri mereka melalui pemakaian. Dari situ, wujudlah mentaliti tentang tiada benar atau salah dalam dunia fesyen. Namun, ia menjadi satu isu ketika ia melibatkan cara pemakaian bagi mereka yang berhijab.

Fesyen ikut trend kini

Tular pula baru-baru ini seorang gadis bertudung yang terlihat mengayakan seluar jeans pendek paras lutut bersama stoking panjang yang menutup bahagian kaki hingga lutut bersama baju-T berlengan pendek yang oversized.

Bertudung tapi pakai seluar 'Jorts' kemudian mention muslimah, ramai netizen tak setuju

Sejak tular pengayaan fesyen gadis tersebut, mula timbul pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata tidak setuju dengan trend baru itu.

Sebab tu aku selalu pesan, nak fashion jangan ikut orang sekeliling, takut benda yang orang pakai time futsal, kau pakai buat jalan. Dia pakai tudung dengan seluar pendek, kemudian mention muslimah. Memang ramai kecam, pakaian entah apa-apa. Fesyen makin merepek, yang sokong pun sama je tak ada otak.

leh kerana trend tersebut semakin berleluasa di kalangan gadis bertudung dan tidak mahu lebih ramai terjebak, haruslah difahamkan sebagai umat Islam, hendaklah berpakaian mengikut peraturan yang ditetapkan walaupun dengan fesyen terkini.

Menerusi huraian di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, disenaraikan enam garis panduan dalam berfesyen bagi wanita:

  • Menutup aurat
  • Elak dari menutup sebahagian aurat dan membuka sebahagian yang lain.
  • Tak mengenakan pakaian yang nipis hingga ternampak warna kulit.
  • Tidak terlalu ketat hingga nampak bentuk badan.
  • Tidak berhias dan menggunakan wangi-wangian dengan tujuan menarik perhatian lelaki.
  • Tudung melepasi dada.
Baca Juga:
Gambar isteri jadi alat pemuas nafsu, Hafiz Mahamad bagi 3 syarat kepada pelaku termasuk tiket umrah
Majlis kahwin mewah di Sabah, wang hantaran RM50k digubah persis sebiji kek
Kecoh video tular dua matahari dirakam dalam satu masa, ini penjelasan pakar!
CATEGORIES