“Bertuah Jadi Rakyat Malaysia”- Warga Indonesia cemburu dengan pasport Malaysia, ini sebabnya

Photo of author

By Syima Iza

“Bertuah Jadi Rakyat Malaysia”- Warga Indonesia cemburu dengan pasport Malaysia, ini sebabnya.

Rakyat Indonesia nyata kagum sekaligus cemburu dengan keunikan pasport Malaysia selepas rekaan sebenar pasport tersebut tular di laman media sosial baru-baru ini.

Menerusi laman media sosial X, salah seorang rakyat negara jiran menyatakan bahawa rakyat Malaysia bertuah kerana bukan sahaja mempunyai pasport dengan reka bentuk yang menarik, malah kekuatan pasport Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia.

"Bertuah Jadi Rakyat Malaysia"- Warga Indonesia cemburu dengan pasport Malaysia, ini sebabnya

“Bertuah jadi rakyat Malaysia. Pasport mahal boleh dipakai ke mana-mana tanpa menggunakan visa. Tak macam kita,” kata seorang pengguna.

Satu video telah dimuat naik di X yang menunjukkan rupa ‘sebenar’ pasport yang dahulunya dianggap biasa sahaja. Dalam video tersebut, dapat dilihat seorang individu membelek buku pasport yang pada pandangan pertama kelihatan biasa, namun apabila dipancarkan cahaya UV, terpaparlah kecantikan yang tersembunyi.

Pada setiap helaian pasport, akan dipaparkan imej sejumlah bangunan atau masjid ikonik di Malaysia, serta imej sekuntum bunga raya pada kemasannya. Difahamkan, ini merupakan salah satu ciri keselamatan yang disertakan pada pasport Malaysia.

Dengan penambahan ‘detailing’ ini, pasport tersebut sebenarnya tampak lebih premium berbanding negara lain.

Ramai yang memuji kecantikan dengan detailing yang dibawakan menerusi pasport ini dan berseloroh, inilah sebab mengapa pihak imigresen mengambil masa yang lama untuk memberi pengesahan.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Henley & Partners, pasport Malaysia menduduki tangga ke-12 paling berkuasa di dunia tahun ini, berbanding tangga ke-14 pada tahun 2023. Pemegang pasport Malaysia dibenarkan mengunjungi 182 negara tanpa memerlukan visa, berbanding 179 negara pada tahun lalu.

Ini adalah kedudukan terbaik Malaysia sejak 2014, di mana pasport negara berada di tangga ke-8. Pasport paling berkuasa di dunia masih kekal di tangan Singapura, yang membenarkan perjalanan ke 192 destinasi tanpa memerlukan visa.

Di rantau Asia Tenggara, Malaysia berada di tangga kedua, manakala di peringkat Asia, Malaysia berada di tangga keempat, di belakang Singapura, Jepun, dan Korea Selatan.

Baca Juga:
Harimau belang maut digilis lori di hentian rehat Titiwangsa, badan hancur kepala terputus
Tak pernah tahu ‘buku merah’ Malaysia secantik ini bila di bawah UV Light
Lan Pet Pet bakal berhijrah ke Madinah, mahu dikebumikan di perkuburan Baqi