Bersatu pecat Zulkafperi, Abdul Rashid kerana berkempen untuk PH

Bersatu pecat Zulkafperi, Abdul Rashid kerana berkempen untuk PH

Keahlian Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selat Kelang, Abdul Rashid Asari dari Bersatu telah terbatal secara serta-merta kerana menghadiri kempen Pakatan Harapan (PH) di Kuala Kubu Bharu malam tadi.

Setiausaha Agung parti tersebut, Hamzah Zainudin, menyatakan bahawa kedua-dua mereka perlu mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada pilihan raya kecil yang diadakan di kawasan mereka yang dimenangi.

“Mereka berucap di pentas PH semasa kempen di KKB. Mengikut perlembagaan parti kita (Bersatu), keahlian mereka dilucutkan secara automatik.

Bersatu pecat Zulkafperi, Abdul Rashid kerana berkempen untuk PH

“Mereka tidak lagi menjadi ahli parti, jadi mengikut undang-undang (antilompat parti), mereka juga mesti melepaskan kerusi mereka,” katanya seperti dilaporkan Free Malaysia Today (FMT).

Hamzah memberitahu wartawan selepas ceramah Perikatan Nasional (PN) di Bandar Utama Batang Kali semalam.

Menurut Hamzah, surat pelucutan keahlian kedua-dua mereka akan dikeluarkan selepas mesyuarat majlis tertinggi Bersatu minggu depan.

Zulkapferi adalah antara enam Ahli Parlimen Bersatu yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, demi kesejahteraan pengundi mereka.

Lima lagi yang menyatakan sokongan kepada Anwar ialah, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Manakala Abdul Rashid pula menyokong Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, dalam dewan undangan negeri.

FMT melaporkan semasa ceramah itu, Zulkapferi menggesa pengundi menyokong calon PH Pang Sock Tao pada pilihan raya kecil 11 Mei, kerana mereka harus “belajar” daripada pengalaman beliau.

Dia dilaporkan memberitahu orang ramai bahawa gaji bulanannya yang diperolehinya boleh habis “dalam masa seminggu” untuk menyumbang kepada majlis dianjurkan pengundi di Tanjong Karang serta membayar gaji kakitangannya.

Katanya, kekurangan dana daripada kerajaan juga menyebabkan beliau tidak dapat menganjurkan program yang memberi manfaat kepada rakyat.

Rashid pula dilihat menyokong kempen PH di KKB sejak seminggu lalu, dan juga dijangka menyertai ceramah parti kerajaan itu malam ini, menurut FMT.

Hamzah juga memberitahu pemberita bahawa Bersatu telah “mencapai keputusan” berhubung nasib Suhaili dalam parti, tetapi perkara itu perlu disahkan pada mesyuarat majlis tertinggi akan datang.

Baca Juga:
Rezeki, wanita kongsi momen indah dapat hadiah gelang emas dari ibu mertua
Lelaki terkejut lihat cara ular sawa panjat pokok pada waktu malam
Lelaki bawa seguni tar tampal jalan berlubang raih pujian
CATEGORIES