Bermula sebagai jururawat, YB Rara tak sangka kini bergelar ahli politik

Bermula sebagai jururawat, YB Rara tak sangka kini bergelar ahli politik

Bermula sebagai jururawat, YB Rara tak sangka kini bergelar ahli politik. Bermula sebagai private nurse home menjaga orang sakit di rumah, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai YB Rara tidak menyangka akan terlibat dengan dunia politik.

Jelasnya, beliau mula bergiat aktif pada usia 24 tahun dan turut membantu orang ramai serta mula menyertai ceramah politik atas faktor keluarga.

YB Rara menerusi Bicara Petang Buletin FM bersama Haiza & Hanif Miswan berkongsi sisi berbeza dan latar belakangnya.

Bermula sebagai jururawat, YB Rara tak sangka kini bergelar ahli politik

Mendapat pendidikan dalam bidang kejururawatan, wanita jelita ini memulakan karier sebagai ‘private nurse home’ menjaga orang sakit di rumah selama setahun dan turut bekerja di klinik di Puncak Alam sebagai jururawat.

YB Rara turut turun di jalanan untuk membantu orang ramai serta mula sertai ceramah politik kerana keluarga turut giat aktif menyertai aktiviti ceramah politik.

“Saya tak sangka akan menyertai politik. Mula rasa seronok bila turun jalanan sebab dapat tahu realiti sebenar masalah rakyat,” jelasnya.

Wanita kelahiran Perak ini turut menyatakan sebutan namanya yang betul. Jelasnya nama ‘Yong’ diberikan kerana dia satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.

“Sebutan nama saya sebenarnya ‘Yong’ kerana ikut loghat Perak iaitu kakak, saya seorang saja anak perempuan dalam keluarga, adik beradik lain semua lelaki. Semasa saya dilahirkan di Perak dan ibu bapa pilih nak letak nama Young kerana ikut nama adik beradik Sultan Perak iaitu Yong Safura,” tambahnya lagi.

Sebagai seorang ahli politik Melayu-Wanita yang menyertai parti politik bukan Melayu, banyak cabaran untuk membuktikan kemampuan YB Rara sehingga menang dan diberi mandat sebagai Ahli Parlimen Bentong pada Pilihan Raya ke-15 lalu.

“Saya menyertai parti politik yang agak kontroversi di mata masyarakat Melayu. Saya sertai parti politik DAP yang majoritinya adalah bangsa Cina. Tapi ini pilihan saya kerana saya pandang pada hala tuju dan prinsip parti untuk tujuan politik, bangsa dan negara. Peluang, ruang dan kepercayaan yang diberikan kepada saya, amat saya hargai kerana peluang tu amat sukar untuk dapat,” ulasnya lagi.

YB Rara mengatakan tugas ini amat sukar pada permulaan kerana beliau perlu mempunyai hati yang keras dan ‘kulit yang tebal’. Digelar pengkhianat Melayu dan perempuan tiada maruah oleh masyarakat, YB Rara terus bangkit untuk mendidik masyarakat tentang prinsip dan tujuan politik yang sebenar.

“Kepada wanita di luar sana, jangan takut sertai politik. Jangan takut nak buat apa saja dalam pelbagai bidang, bukan hanya politik. Kita kena yakin dan tahu apa yang kita perlu buat,” ujarnya.

Permulaan dalam politik ini memang sesuatu yang tidak disangka oleh YB Rara kerana tidak pernah terfikir akan masuk politik. Niat YB Rara hanya mahu membantu rakyat di lapangan.

Mengakui ada perasaan takut untuk menyertai politik kerana ia didominasi oleh golongan lelaki dan senior, namun beliau percaya pengalaman mendewasakan.

“Saya macam ikan bilis je kecil dan tiada pengalaman. Tapi lama-kelamaan saya banyak belajar dan ia amat bermakna bagi saya. Dato Seri Anwar Ibrahim juga mengalami banyak perkara perit dalam dunia politik dan siapa sangka akhirnya beliau menjadi Perdana Menteri ke 10.”

Baca Lagi:
Muhyiddin didakwa 6 pertuduhan, babitkan rasuah RM232.5 juta, ubah wang haram RM195 juta
Pembunuh bersiri terkenal bunuh lebih 100 mangsa ditembak mati
‘Ingatkan J.Lo’ – Netizen komen wajah Ziana Zain persis Jennifer Lopez setelah lihat gambar percutian di Belanda
CATEGORIES