
Bermula dari sakit gigi, doktor terkejut darah wanita bertukar jadi warna biru
Bermula dari sakit gigi, doktor terkejut darah wanita bertukar jadi warna biru.
Bermula Dari Sakit Gigi, Doktor Terkejut Darah Wanita Bertukar Biru. Doktor di Providence, Kepulauan Rhode mendapat kejutan dengan kes membabitkan pesakit wanita yang mengalami pertukaran warna darah selepas disuntik ubat penahan sakit.
Darah wanita berusia 25 tahun itu berubah daripada merah kepada warna biru. Pesakit tersebut masuk hospital dan mengadu lemah serta keletihan, sukar bernafas dengan wajah serta seluruh badannya turut berubah menjadi biru.
Para doktor menggelar simptom ini sebagai “cyanotic” istilah perubatan menggambarkan perubahan warna yang berlaku kepada anggota badan akibat penggunaan ubat benzocaine.
Ubat ini biasanya digunakan untuk menahan sakit gigi dan selesema. Seperti sangkaan doktor, wanita itu memberitahu dia mengambil benzocaine agak banyak pada malam sebelumnya kerana sakit gigi.
Ubat yang diambilnya ini mencetuskan reaksi luar biasa dinamakan sebagai “methemoglobinemia”.
Benzocaine menghalang darah segar yang dipenuhi oksigen dari menghasilkan oksigen untuk tisu menyebabkan ia berubah jadi warna biru.
Menariknya, cara penyembuhannya juga adalah menggunakan warna biru juga iaitu Methylene Blue yang dapat mengembalikan semula molekul hemoglobin ke dalam badan sekali gus membolehkan oksigen masuk ke dalam tisu.
Wanita tersebut diberikan dua dos methylene blue dan ditahan dua hari di hospital untuk tujuan pengawasan.
Dia dibenarkan pulang selepas darahnya kembali normal.