‘Berlambak muka macam ini kat kampung aku’ – Netizen tarik balik pujian kata pemandu lori viral kacak lepas tengok video interview

Photo of author

By Syima Iza

‘Berlambak muka macam ini kat kampung aku’ – Netizen tarik balik pujian kata pemandu lori viral kacak lepas tengok video interview.

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang pemandu lori yang dikenali sebagai Iman Aliff kerana dikatakan memiliki wajah yang tampan.

Video milik Iman kerap kali berlegar di laman TikTok dan pastinya mencuri perhatian wargamaya terutama golongan wanita.

'Berlambak muka macam ini kat kampung aku' - Netizen tarik balik pujian kata pemandu lori viral kacak lepas tengok video interview

Malah, jejaka berusia 22 tahun itu juga dilihat sudah ditemu bual dan diundang ke beberapa program sejak dirinya tular.

Tarik balik pujian

'Berlambak muka macam ini kat kampung aku' - Netizen tarik balik pujian kata pemandu lori viral kacak lepas tengok video interview

Bagaimanapun, segelintir wargamaya mahu menarik balik kata-kata mereka yang sebelum ini memuji ketampanan Iman selepas menonton video temu bualnya.

Kata wargamaya, mereka terkejut melihat wajah jejaka itu sedikit berbeza daripada apa yang mereka lihat di TikTok.

Malah, tidak kurang juga meluahkan rasa kecewa dan menyesal memuji anak jati kelahiran Kedah itu.

Sementara itu, ada juga segelintir wargamaya yang mengatakan berkemungkinan video yang dimuat naik di TikTok sudah menggunakan ‘filter’ menyebabkannya kelihatan ‘extra’ kacak.

Baca Lagi:
‘Nak bergaya tapi menipu, kalau ‘sengkek’ pergi potong kat mamak je lah’ – Lelaki cabut lari lepas kena caj RM890 di salon rambut
‘Pan Gon marah macam harimau’ – Faizal Halim dedah situasi di bilik persalinan
‘Jam 2 pagi saya terdengar tangisan sayu minta tolong’ – Bekas mak nyah