Berikan penalti hingga Vietnam menang, IG pengadil Jepun diserang penyokong Malaysia

Berikan penalti hingga Vietnam menang, IG pengadil Jepun diserang penyokong Malaysia

Berikan penalti hingga Vietnam menang, IG pengadil Jepun diserang penyokong Malaysia. Pengadil Jepun, Ryuji Sato merayu kepada peminat bola sepak Malaysia supaya tidak menyerang akaun media sosial miliknya kerana ia dibaca oleh ahli keluarganya.

Ryuji dalam satu hantaran di akaun media sosialnya turut memohon maaf kepada peminat bola sepak Malaysia.

“Saya menerima banyak mesej daripada peminat bola sepak Malaysia mengenai keputusan (memberikan penalti kepada Vietnam dan kad merah kepada Azam Azmi) dalam perlawanan malam tadi.

Berikan penalti hingga Vietnam menang, IG pengadil Jepun diserang penyokong Malaysia

“Presiden FIFA telah menghubungi saya dan mereka akan membuat penilaian mengenai cara pengadilan saya ketika perlawanan berlangsung,” katanya.

Ryuji turut memohon supaya peminat tidak menyerang akaun Instagram miliknya kerana dia mempunyai keluarga dan mereka membaca semua komen yang ditinggalkan.

Lawatan penjawat awam ke luar negara tidak boleh lagi ditaja syarikat swasta

Tangkap layar permohonan maaf yang dibuat Ryuji di laman Instagramnya.

Malam tadi, Malaysia kalah 0-3 kepada Vietnam dalam perlawanan yang cukup kontroversi apabila Azam dilayangkan kad merah selepas menerima terjahan keras daripada pemain Vietnam, Van Hau.

Bukan itu sahaja, Ryuji turut memberikan sepakan penalti kepada Vietnam yang menyaksikan semangat anak buah Kim Pan-gon terus luntur sehingga wisel penamat dibunyikan.

Baca Lagi:

Jual ‘Pingat Kebesaran’ dua kakitangan SUK Pahang ditahan
PBM pecat Zuraida, ini sebabnya
Menara KL dijual secara senyap-senyap oleh kerajaan dahulu?
CATEGORIES