Berdosa tayang makanan di media sosial sebelum waktu berbuka

Berdosa tayang makanan di media sosial sebelum waktu berbuka

Berdosa tayang makanan di media sosial sebelum waktu berbuka. Tindakan umat Islam yang memuat naik gambar-gambar makanan, minuman atau individu sedang menikmati juadah dalam media sosial sebelum masuk waktu berbuka puasa disifatkan sebagai berdosa.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, perbuatan tersebut dilihat mempunyai tujuan tertentu iaitu cuba menggalakkan umat Islam lain meninggalkan satu kewajipan agama iaitu dengan cara ponteng puasa.

Tambah beliau, pengguna media sosial seperti WhatsApp, Tiktok dan Instagram seharusnya mendorong umat Islam menunaikan rukun ketiga itu dengan perkongsian ilmu manfaat serta kebaikan yang diperoleh di bulan mulia ini.

Berdosa tayang makanan di media sosial sebelum waktu berbuka

“Perbuatan individu itu (memuat naik gambar makanan) tidak membatalkan puasa cuma bergantung kepada tujuan sebenarnya. Hukum bagi individu yang melakukan perkara sedemikian iaitu dengan ‘melayur’ gambar makanan kepada orang lain adalah berdosa kerana dia seolah-olah mendorong orang lain meninggalkan puasa.

“Saya menasihatkan supaya umat Islam menghentikan perbuatan yang menggalakkan orang lain berbuat dosa melalui gambar-gambar makanan yang dimuat naik di media sosial sebelum tiba waktu berbuka,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Kata Wan Salim, puasa di bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim yang berakil baligh dan kewajipannya telah ditetapkan melalui ayat Al-Quran dan hadis.

“Lantaran itu, ibadah ini tidak boleh diremehkan atau dipandang ringan oleh seorang yang mengaku sebagai penganut agama Islam yang suci. Ini termasuklah perbuatan membuka restoran, menjual atau menyediakan makanan serta minuman pada siang hari Ramadan untuk orang Islam yang diwajibkan ke atasnya berpuasa.

“Sesiapa yang berbuat demikian maka hukumnya juga berdosa sebab ia dikira membantu seseorang melakukan perkara mungkar atau maksiat, sedangkan bantu-membantu melakukan dosa dilarang di dalam agama Islam.

Justeru, beliau menggesa pihak penguat kuasa agama Islam negeri-negeri supaya memantau restoran-restoran di sepanjang bulan Ramadan sekali gus mengambil tindakan tegas ke atas premis perniagaan yang menyediakan makanan atau minuman untuk umat Islam yang tidak berpuasa.

Baca Lagi:
Lelaki bunuh, kerat badan kucing di kondominium terbongkar
Pelajar bawa RM1 nak beli makanan di kantin undang sebak orang ramai
Lelaki kesal martabak yang dibeli untuk berbuka puasa hangus rentung
CATEGORIES