Berdendam sejak kecil, wanita ‘rembat’ suami kakak sendiri

Berdendam sejak kecil, wanita ‘rembat’ suami kakak sendiri

Topik Hangat di Media Sosial: Kisah Linda Rampas Kebahagiaan Kakak Sendiri Kerana Dendam

Bangga dan Puas Hati Rampas Suami Kakak Sendiri

Linda mendedahkan perkara itu dalam segmen 3 Pagi ERA yang dikendalikan oleh penyampai radio Radin, Nabil Ahmad, dan Azad.

Berdendam sejak kecil, wanita 'rembat' suami kakak sendiri

Menerusi panggilan telefon, Linda berkongsi cerita mengenai topik yang dibincangkan iaitu khianat adik-beradik. Menurut Linda, dia berasa bangga kerana dapat merampas kebahagiaan hidup kakak kandungnya sendiri.

“Saya buatkan kakak dengan abang ipar saya bercerai sebab saya rembat suami kakak saya itu. Ya, saya ambil abang ipar saya. Sebenarnya saya dengan kakak memang tak baik daripada kecil. Tak baik tu sebab saya banyak berdendam dengan dia,” katanya membuka cerita.

Tak Menyesal Jadi Perosak Rumah Tangga Kakak Sendiri

Tidak menyesali perbuatannya, kata Linda lagi sedari kecil dia sering berasa iri hati kerana kakaknya itu lebih pandai dalam bidang akademik selain mendapat banyak perhatian oleh ibu bapa mereka.

“Sejak kecil dia selalu lebih daripada saya. Malah dari segi belajar, mak ayah kami pun selalu lebihkan dia. Jadi sejak tu saya memang sudah berdendam dengan dia.

Sekarang ni saya adalah isteri kepada abang ipar saya itu.

Saya bangga sahaja sebab saya dendam dengan kakak saya tu dah lama. Sekarang ni saya pun dah tak ambil tahu tentang hal kakak dan juga keluarga sebab saya hanya dengan suami sahaja,” ujarnya.

Sengsara Kakak, Buat Linda Rasa Bahagia
Tambah Linda lagi, dendam terbesarnya adalah apabila kakaknya sering berjodohan dengan lelaki kaya.

“Cinta tu mestilah ada tak akan kita nak kahwin tanpa rasa cinta. Tapi memang mula-mula terjadi tu sebab dendam.

Sebab kakak saya ni dia selalu dapat orang kaya, yang suami saya sekarang ni memang kayalah.

Lagi satu saya selalu tengok dia gembira malah posting-postingnya juga sama. Saya ini macam tak ada orang nak sangat dan sejak daripada itu, itulah dendam paling besar. Bila saya nampak dia kahwin, dia bahagia, itulah titik permulaannya.

Bagi saya… saya memang bangga dengan benda itu. Sebab apa yang saya nak selama ini saya dapat dan sekarang ni hidup kakak saya tu saya tahu mesti dia tengah sengsaralah. Sengsara dia tu buat saya rasa bahagia,” jelasnya.

Berikut merupakan perbualan penuh Linda di segmen 3 Pagi ERA.

Sumber

Baca Juga:
“Lepas di dunia tapi esok di akhirat menjawablah” – Bapa Along Spoon maafkan pembunuh tapi enggan jumpa
Lanun Pirates of the Caribbean, Tamayo Perry maut dibaham jerung
“Kalau budak ini tak panjat rumah saya, saya tak akan jumpa barang sihir ini”- Aeril Zafrel terima permohonan maaf lelaki ceroboh rumahnya
CATEGORIES