Anak lelaki kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida yang mesra disapa sebagai Kacak mendedahkan dia tidak mahu ibunya membeli tiket penerbangan untuk percutian sehingga berharga RM40,000.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Kacak berkata, dia tidak mahu menjadi penumpang penerbangan kelas pertama kerana ingin duduk di ekonomi sahaja.
“Mama, Kacak nak naik flight biasa saja, ekonomi. Membazir saja Mama sampai RM40,000 harga tiket,” tulisnya.
Tetap mahu bersama anak lelakinya, Vida bagaimanapun membuat kejutan dengan membeli tiket penerbangan kelas pertama.
“Okay Mama belikan tiket ekonomi untuk Kacak ya. Surprise! Mama beli juga tiket business class untuk Kacak. Tak ada membazir Kacak, Mama nak kita duduk bersama,” katanya lagi.
Vida dan dua orang anaknya Kacak dan Cik B meluangkan masa bersama dengan bercuti di Switzerland baru-baru ini.
@quputehtomatohq Tak ada membazir kacak , mama nak kita duduk bersama 😍 #TasteOfCNY2024 #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandamuu #masukberandagak #masukberandafypシ #foryoupageofficiall #masukberandafyp ♬ Cinderella – Radja
Baca Juga: