Berbaloi! Aina Abdul dinobatkan sebagai juara sanggup berhabis RM90,000 demi AJL37

Photo of author

By Syima Iza

Berbaloi! Aina Abdul dinobatkan sebagai juara sanggup berhabis RM90,000 demi AJL37. Penyanyi Aina Abdul sanggup berhabis hampir RM90,000 demi merealisasikan sebuah persembahan yang memukau dan meninggalkan impak sehingga diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-37, semalam.

Menerusi persembahan lagu hasil ciptaan sepenuhnya berjudul Terus Hidup itu, seramai 30 pasukan dibawa ke Axiata Arena, Bukit Jalil bagi memastikan elemen awan yang didedikasikan buat arwah bapanya, Abdul Ghani Abdullah menjadi kenyataan di pentas gah itu.

“Tidak dinafikan saya memang berhabis banyak untuk AJL37 ini. Entah kenapa saya ada satu perasaan dan naluri yang kuat untuk lagu Terus Hidup ini.

Berbaloi! Aina Abdul dinobatkan sebagai juara sanggup berhabis RM90,000 demi AJL37

“Kos perbelanjaan yang dikeluarkan merangkumi busana, props awan dan segalanya yang anda lihat malam ini (semalam). Berada pada tahap ini saya mahukan sesuatu hasil yang berbaloi dalam kerjaya.

“Saya sedar untuk itu saya perlu buat pelaburan untuk diri sendiri, malah saya turut membawa semangat pasukan saya dalam Aina Abdul Entertainment termasuk 30 orang yang menjayakan konsep persembahan saya.

“Semangat merekalah yang membawa saya ke sini. Saya sudah dikurniakan rezeki dan ada ruang untuk membuat ‘ pelaburan’ dalam persembahan ini,” katanya.

Selain dijulang sebagai juara AJL37, Aina turut diumumkan pemenang Vokal Terbaik menepikan nama-nama hebat lain seperti Ernie Zakri, Dayang Nurfaizah, Marsha, Shila Amzah dan Liza Hanim.

Ditanya mengenai konsep persembahan, Aina berkata, awan adalah simbolik untuk arwah bapanya yang sudah tiada.

“Untuk beberapa bulan ini saya kerap ke luar negara atas urusan kerja. Jadi sepanjang berada dalam kapal terbang, saya melihat kepulan awan yang bergelora ada juga dalam keadaan tenang.

“Melihat indahnya awan, saya terfikir satu idea untuk persembahan di AJL37. Saya juga mendedikasikan persembahan Terus Hidup ini kepada arwah ayah saya, Abdul Ghani Abdullah.

“Awan yang tertera di atas pentas itu merupakan simbolik kepada orang yang sudah tiada, yang tidak dapat dikawal oleh seorang manusia biasa,” katanya.

Baca Lagi:
Duit aku dan suami selalu hilang, disangka ‘toyol’ yang curi rupa-rupanya…
Kisah 4 Selebriti hangat bercinta, putus di tengah jalan
Video tular ucapan ‘rasis’ bekas pemain badminton negara dikecam Hannah Yeoh