Berang dilayan macam orang miskin, tauke besar paksa pegawai bank kira duit RM3.7 juta secara manual

Photo of author

By Syima Iza

Berang dilayan macam orang miskin, tauke besar paksa pegawai bank kira duit RM3.7 juta secara manual.

Gara-gara mendapat layanan buruk, seorang taikun di China mendesak kakitangan bank mengira wang tunai AS$780,000 (kira-kira RM3.7 juta) yang dikeluarkannya secara manual (menggunakan tangan).

India Times melaporkan, insiden itu dilaporkan berlaku di salah sebuah cawangan bank terbesar di China dan menjadi tajuk utama berita.

Berang dilayan macam orang miskin, tauke besar paksa pegawai bank kira duit RM3.7 juta secara manual
Gambar hiasan

Ia juga mencetuskan perbincangan mengenai perubahan pandangan negara mengenai kekayaan dan perbelanjaan yang ketara.

Identiti jutawan itu tidak didedahkan, tetapi nama keluarganya adalah ‘Sunwear.

Bank itu menyatakan bahawa semuanya bermula apabila mereka menasihatkan pelanggan untuk memakai pelitup muka.

Lelaki itu bagaimanapun mendakwa dia berbuat demikian sebagai tindak balas terhadap layanan diterima.

Menurut Business Insider, lelaki itu, yang menggunakan pemegang dalam talian ‘Sunwear’ berkongsi versi ceritanya di laman sosial China Weibo.

Katanya, di sebuah bank di Shanghai, dia bergaduh dengan anggota keselamatan dan diberi layanan buruk.

Dia kemudian meminta bank mengira wang tunai yang dikeluarkannya.

Satu pasukan juruwang mengambil masa kira-kira dua jam untuk menyelesaikan pengiraan.

Dalam satu kenyataan, bank itu berkata keengganan pelanggan untuk memakai pelitup muka dan mematuhi peraturan Covid-19 adalah pencetus kepada kejadian itu.

Sekali lagi, Sunwear menyiarkan di Weibo untuk mengatakan bahawa dia tersalah letak pelitup mukanya pada hari itu dan menegaskan tidak pernah membantah untuk memakainya.

Imej bagasi dan gumpalan wang tunai menjadi tular selepas pertengkaran itu.

Gambar itu kemudian tersebar di platform X dan seorang pengguna memuat naiknya (gambar) bersama dengan kapsyen ringkas mengenai apa yang berlaku.

Baca Lagi:
“Penat tekan minyak, van jenazah terasa berat”, pemandu kongsi pengalaman diganggu ketika bawa mayat mangsa kemalangan di Gua Musang
Selepas 3 hari berkahwin, isteri cabut lari setelah dapat tahu gaji suami hanya RM1,100
Ramai pening nak beli Alphard atau Vellfire, ini perbezaan yang perlu anda tahu