Bendera Malaysia dalam drama bersiri Squid Game 2 buat ramai rasa bangga.
Orang ramai teruja apabila melihat kemunculan bendera Malaysia dalam salah satu babak drama bersiri Korea Selatan, Squid Game 2, yang mula ditayangkan baru-baru ini.
Bendera tersebut dapat dilihat dalam episod keempat siri berkenaan ketika babak pemain sedang mencari ahli kumpulan untuk permainan kedua dalam drama tersebut.
Tinjauan di media sosial mendapati, netizen meluahkan perasaan bangga dan kagum kerana bendera Malaysia dapat dilihat dalam salah satu siri paling popular di dunia.
Selain itu, orang ramai juga teruja apabila permainan tradisional yang terkenal di negara ini, seperti batu seremban dan gasing, turut menjadi salah satu cabaran dalam permainan drama berkenaan.
“Bangga pula nampak bendera Malaysia dalam ‘movie’ ini,” kata Joe.
“Ada batu seremban versi Squid Game,” kata Afiq.
“Bagus, tapi salah cara gantung. Kalau bendera gantung ke bawah begitu, perlu guna bendera lain,” tegur Niezam.