Bekas suami ‘Haji Bakhil’, sanggup simpan semua resit belanja anak sendiri

Photo of author

By Syima Iza

Satu klip video tular di media sosial di Indonesia memaparkan seorang wanita terkejut apabila menerima banyak resit pembayaran daripada bekas suami dan isteri barunya, lapor akhbar Wolipop semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @bibunyakala, wanita tersebut mengeluarkan sebungkus plastik berwarna putih berisi ‘hadiah’ itu.

Difahamkan, bekas suaminya mengajak anak mereka untuk bercuti di Bandung selama tiga hari.

Bekas suami 'Haji Bakhil', sanggup simpan semua resit belanja anak sendiri

“Pada awalnya dia meminta izin untuk bercuti selama sehari tetapi berubah kepada tiga hari dan saya membenarkan supaya dia tahu bagaimana rasa mengurus anak sendiri,” kata wanita itu.

Namun, dia tidak menyangka akan sikapnya yang kedekut sehingga sanggup mengumpulkan semua resit pembayaran dan tanda harga sepanjang percutian itu.

Menurut wanita itu, jumlah keseluruhan perbelanjaan adalah sebanyak 700,000 rupiah (RM201.70).

Rakaman itu menjadi tular dan meraih lebih 1.1 juta jumlah tontonan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eka Putri (@bibunyakala)

“Kelakar sebab dia sanggup berkira dengan anak sendiri sampai kumpul semua bukti pembelian,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Si isteri baharu tu tak berfikir ke bakal mengalami hal yang sama?” kata netizen lain.

Baca Juga:
‘UFO’ mendarat di lebuh raya di tahan polis
Nenek guna bom tangan buat tumbuk lada merah hampir 20 tahun, nasib baik tak tarik suis bom
Boikot gagal, 85,000 tiket konsert Bruno Mars yang akan berlangsung di SNBJ ‘Sold out’