Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah meraung menangis, sujud syukur selepas dibebaskan daripada hukuman gantung

Photo of author

By Syima Iza

Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah meraung menangis, sujud syukur selepas dibebaskan daripada hukuman gantung.

Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah meraung menangis dan sujud syukur selepas dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis di rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, pada September 2021.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap pengasas ‘Bapakku FM’ itu selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaannya.

Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah meraung menangis, sujud syukur selepas dibebaskan daripada hukuman gantung

Muhammad Jamil dalam alasan penghakiman berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah dalam beg itu milik tertuduh, manakala bilik dadah itu ditemui boleh diakses ramai orang.

Mengikut pertuduhan, Ismahalil didakwa mengedar kanabis seberat 374.6 gram di rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, 5.35 petang 27 Ogos 2021.

Berikutan itu, pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sepanjang prosiding perbicaraan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala Ismahalil diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Baca Lagi:
Lelaki temui peti harta karun mengandungi 700 syiling emas di ladang jagung
Suami minta gambar isteri tidak pakai baju sebab berjauhan, haram atau halal?
Selepas suami hilang berbulan-bulan, TikToker terkejut dapat surat cerai talak tiga