Bekas pemain tengah Sabah, Sarawak, Bobby Chua meninggal dunia

Photo of author

By Syima Iza

Bekas pemain tengah Sabah, Sarawak, Bobby Chua meninggal dunia. – Bekas pemain bola sepak Sabah dan Sarawak iaitu Bobby Chua Abdullah, 55, meninggal dunia di kediamannya di sini petang ini.

Pemergian pemain tengah yang berasal dari Inanam di sini yang digeruni lawan pada era 1980an dan 1990an, disahkan isterinya Zafidah Yaakub yang turut memaklumkan Allahyarham meninggal dunia pada pukul 2.25 petang tadi.

Beliau berkata, urusan jenazah Allahyarham akan dilakukan di Surau Al-Mustafa, V19, Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di sini petang ini.

Bekas pemain tengah Sabah, Sarawak, Bobby Chua meninggal dunia

“Insya-ALLAH jenazah akan segera dikebumikan di Tanah Pengkebumian Waqaf Kampung Kota berhadapan dengan Masjid Kota Tuaran,” katanya menerusi kenyataan di laman sosial Facebooknya hari ini.

Punca kematian Allahyarham masih belum disahkan, bagaimanapun Bobby dilaporkan menghidap penyakit sklerosis lateral amiotrofik (ALS) sekitar dua tahun lepas.

Difahamkan, bekas pemain yang memeluk Islam pada 2014 itu mengalami penurunan fungsi pada sel saraf motorik, yang berkembang dengan cepat disebabkan kerosakan sel saraf.

Bobby menjadi pemain bola sepak profesional pada 1994 dan bermain untuk pasukan Sabah sehingga 1998, sebelum berhijrah ke Sarawak.

Selama enam tahun bermain untuk Sarawak iaitu sehingga 2004, Bobby pernah diberi kepercayaan sebagai kapten pasukan dan menjadi antara pemain skuad Bujang Senang, yang menyerlah ketika itu.

Baca Lagi:
Aiman Wynne kongsi detik cemas diserang pembuli jalanan
Selepas iklan jual buah pinggang sendiri, guru terima gaji tertunggak
Netizen syak ada masalah mental setelah wanita ini kahwini diri sendiri ‘bercerai’ selepas sehari