Bekas pelajar tingkatan 6 dipenjara 30 tahun selepas mengaku bunuh rakan

Photo of author

By Syima Iza

Bekas pelajar tingkatan enam dijatuhi hukuman penjara 30 tahun di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh rakannya, empat tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani selepas tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 23, mengaku salah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, di rumah di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong , Hulu Terengganu antara jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi pada 1 November 2020.

Bekas pelajar tingkatan 6 dipenjara 30 tahun selepas mengaku bunuh rakan

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh diberikan hukuman pemenjaraan berdasarkan kepada pindaan terkini mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 2 November 2020.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam, Azura Ghazali.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan ditemui mati dipercayai dibunuh dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang pada 1 November 2020.

Dalam kejadian itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya yang baru pulang dari sekolah.

Baca Juga:
Pasangan Ini tidak segan kongsi tips hidup bersama selama 35 Tahun selepas di ‘interview’ lelaki Rusia
Isteri menangis wang RM225,000 baru dikeluarkan dari bank dibuang ke tong sampah
Jongkong emas, wang tunai milik usahawan wanita terkenal lesap, kerugian lebih RM3.5 juta