Bekas pekerja bersyukur terima pencen liat, puji Siti Nurhaliza majikan terbaik

Bekas pekerja bersyukur terima pencen liat, puji Siti Nurhaliza majikan terbaik

Bekas pekerja Datuk Seri Siti Nurhaliza, Khairul Azmir Abdul Hamid, 58, bersyukur menerima pencen ilat sebanyak RM3,027.92 sebulan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Yayasan NurJiwa di Wangsa 118, di sini, hari ini.

Bapa kepada tujuh anak itu kini berhadapan dengan masalah kesihatan kronik dan tidak lagi berupaya bekerja kerana mengalami angin ahmar, kencing manis, dan buah pinggang rosak yang memerlukan rawatan dialisis.

Khairul Azmir, atau lebih dikenali sebagai Alud, yang berkhidmat dengan Siti selama lebih 20 tahun dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar SN Legacy Sdn Bhd, menyifatkan bekas majikannya itu sebagai seorang yang sangat baik serta prihatin terhadap kebajikan pekerjanya.

Bekas pekerja bersyukur terima pencen liat, puji Siti Nurhaliza majikan terbaik

“Saya mula diuji dengan sakit sejak dua tahun lalu, namun saya tetap terus bekerja dengan Siti kerana sudah selesa dengannya. Beliau amat baik kepada semua pekerja. Cuma, sejak beberapa bulan lalu keadaan kesihatan saya sudah makin merosot.

Saya tidak boleh bekerja lagi, tetapi Siti masih terus membantu saya dan keluarga. Beliau memang seorang majikan terbaik serta tidak pernah culas mencarum Perkeso untuk semua pekerjanya.

“Dengan bantuan dihulurkan Perkeso ini sangat membantu meringankan bebanan saya dan keluarga. Apatah lagi, saya pun ada anak yang masih kecil dan bersekolah, tetapi saya tidak berupaya untuk bekerja lagi,” katanya.

Selain menerima bayaran pencen bulanan, Khairul Azmir juga mendapat kemudahan bayaran dialisis sebanyak RM150 untuk setiap sesi rawatan menerusi Skim Keilatan bawah Akta 4.

Sementara itu, Siti berkata, sebagai majikan, adalah tindakan yang wajar dan ‘wajib’ baginya untuk mencarum Perkeso kerana mempunyai tanggungjawab besar dalam menjaga kebajikan pekerja dalam organisasi syarikatnya.

“Saya sudah mencarumkan Perkeso untuk semua pekerja dari awal penubuhan Siti Nurhaliza Production (SNP) sehinggalah saya mempunyai syarikat produk SimplySiti, Beausiti, dan terbaharu, saya membuka Siti Nurhaliza Legacy.

“Bagi saya, sebagaimana saya pernah melalui kerja keras yang sukar, saya rasa itu juga yang dilalui oleh pekerja saya. Jadi, perlu untuk saya melindungi kebajikan mereka.

“Macam abang Alud (Khairul Azmir), dia sudah bekerja dengan saya lebih 20 tahun. Dari saya bujang sampailah dah kahwin dan dia juga dari sihat sampai sekarang keadaan kesihatannya kurang baik.

“Sebagaimana keluarga saya sendiri amat mementingkan untuk menjaga sesama kita. Jadi, disebabkan itu juga apabila membuka syarikat, saya akan pastikan untuk menjaga kebajikan pekerja saya,” katanya.

Siti juga menyeru pihak majikan serta mereka yang bekerja sendiri seperti golongan penggiat seni agar mencarum Perkeso kerana banyak manfaat yang disediakan apabila berhadapan dengan sesuatu musibah seperti masalah kesihatan.

Baca Juga:
Budak 4 tahun maut, bapa denda anak makan cili
Pelajar tayang result SPM 6G 2T dengan ‘caption’ bangga buat netizen rasa pelik
Pekerja kedai serbaneka warga asing dicekup orang ramai kerana intai rakan sekerja
CATEGORIES