Bekas kekasih pengantin lelaki ‘balas dendam’ serang majlis perkahwinan, muka pengantin perempuan dilumur dengan tanah liat

Bekas kekasih pengantin lelaki ‘balas dendam’ serang majlis perkahwinan, muka pengantin perempuan dilumur dengan tanah liat

Bekas kekasih pengantin lelaki ‘balas dendam’ serang majlis perkahwinan, muka pengantin perempuan dilumur dengan tanah liat.

Majlis perkahwinan yang meriah di daerah Takhah wilayah Ha Tinh, Vietnam bertukar menjadi kacau-bilau apabila bekas teman wanita pengantin lelaki menyerbunya dan membaling tanah liat kepada pengantin perempuan, lapor Thaiger.

Insiden yang tular di media sosial Vietnam menunjukkan pengantin wanita yang bersiap sedia berarak, tiba-tiba didatangi seorang perempuan yang membawa tanah liat.

Bekas kekasih pengantin lelaki 'balas dendam' serang majlis perkahwinan, muka pengantin perempuan dilumur dengan tanah liat

Video yang dikongsi menyaksikan pengantin lelaki dan perempuan masuk ke dalam majlis sebelum seorang wanita membaling tanah liat kepada pasangan itu.

Selepas ‘membalas dendam’ dia melarikan diri dari tempat kejadian dan menyebabkan seluruh muka pengantin dipenuhi kotoran tanah liat.

Pada masa sama, orang ramai bergegas membersihkan pengantin dan majlis bersambung seperti biasa.

Pengerusi jawatankuasa komuniti tempatan, Chen Ba Huan, mendedahkan bahawa wanita yang membaling tanah liat itu adalah bekas teman wanita pengantin lelaki.

Pasangan itu sebelum ini menjalinkan hubungan dan mempunyai seorang anak.

Bagaimanapun, keluarga pengantin lelaki tidak merestui hubungan mereka dan menghalangnya berkahwin.

Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Baca Lagi:
Ini info perlu anda tahu jika mahu beli minyak masak paket di mana-mana kedai
Pemilik kenderaan ingkar peraturan cermin gelap boleh didenda RM2,000, penjara 6 bulan
Budak India ‘tarik’ lagu Bunga Angkasa di majlis perkahwinan curi perhatian ramai
CATEGORIES