Bekas isteri kahwin lain, lelaki panggil jentolak roboh rumah

Photo of author

By Syima Iza

Bekas isteri kahwin lain, lelaki panggil jentolak roboh rumah.

Seorang lelaki di Ponorogo, wilayah Jawa Timur, nekad merobohkan rumah yang dibina hasil daripada wang titik peluh sendiri selepas bekas isterinya berkahwin lain dan tinggal di kediaman itu, lapor laman berita Detik.

Menurut ketua masyarakat tempatan, Bambang Sucipto, rumah itu pada awalnya milik lelaki tersebut dan bekas isterinya.

Bekas isteri kahwin lain, lelaki panggil jentolak roboh rumah

“Rumah itu dibina di atas tanah milik isterinya, namun menggunakan wang gaji suaminya yang bekerja di luar negara.
“Namun suatu hari, si suami pulang ke rumah dan isterinya meminta cerai,” kata Bambang.

Tambah Bambang, lelaki tersebut kemudian mengetahui kecurangan bekas isterinya.

Ujarnya, wanita itu kemudian berkahwin lain dan tinggal di rumah tersebut dengan suami baharu.

Keadaan itu membuatkan bekas suaminya berang dan nekad merobohkan rumah tersebut.

Video kerja-kerja perobohan rumah itu menjadi tular di media sosial yang memaparkan sebuah jentolak merobohkan dan meranapkan kediaman tersebut.

Namun, tidak dinyatakan tindakan yang diambil oleh wanita berkenaan selepas rumah itu dirobohkan.

Baca Lagi:
Suami kantoi curang dengan guru janda, isteri nekad lapor sekolah
Hina penjual air depan khalayak ramai, ini latar belakang pendakwah Gus Miftah yang ramai tak tahu
Air laut terbelah dua di Kota Bharu, Kelantan