Bekas Datuk Bandar PBT Johor ditahan terima rasuah lebih RM1 juta

Bekas Datuk Bandar PBT Johor ditahan terima rasuah lebih RM1 juta

Bekas Datuk Bandar sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor ditahan pada hari Sabtu kerana disyaki menerima rasuah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan suspek lelaki berusia 63 tahun itu kira-kira jam 4 petang di Pejabat SPRM Johor.

Difahamkan, tangkapan dibuat berkaitan dengan suspek semasa menjawat jawatan Datuk Bandar sekitar tahun 2020 hingga 2021 yang telah menerima wang rasuah lebih RM1 juta daripada kontraktor-kontraktor.

Bekas Datuk Bandar PBT Johor ditahan terima rasuah lebih RM1 juta

“Ia sebagai balasan kerana telah meluluskan projek di PBT berkenaan,” kata kenyataan pada malam Sabtu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru pada pagi Ahad dengan 12 pertuduhan,” katanya.
Baca Juga:
Wanita saman bekas kekasih RM730,371 kerana menipu
Peniaga tegur pelanggan minta refund RM28.50 selepas makan nasi kerabu sampai licin
Wanita tampar penyondol selepas tangkap suami separuh bogel atas katil
CATEGORIES