Beg tangan mewah Fazura RM50,000 buat netizen kagum.
Pelakon jelita, Nur Fazura sering menarik perhatian dengan koleksi beg tangan daripada jenama mewah yang dimilikinya.
Terbaru, penampilan pelakon Gol dan Gincu ketika hadir di mahkamah sambil mengenggam beg tangan jenama mewah, Hermes Kelly saiz 28 yang dianggarkan berharga RM50,000 itu berjaya mencuri perhatian ramai.
Malah, menerusi tinjauan di media sosial, ramai netizen yang tertarik untuk membincangkan mengenai koleksi beg Fazura.
“Bukan senang nak beli dari butik Hermes melainkan dia VIP yang ada sejarah pembelian. Kalau beli dari reseller naik RM80,000 ke atas. RM80,000 tu gaji lebih 3-4 tahun utk B40.
“Beg tangan Hermes Fazura pun berharga lebih RM60,000.
“Satu beg dia dah boleh angkat kereta untuk rakyat marhaen macam kita ni.
“Hari itu nampak dia bawa Birkin Crocs RM160,000.
“Itu warna pink. Semalam nampak dia bawa warna cream, sebelum ini ada nampak warna brown. Fuh.
“Wah, banyak sungguh tas tangan dia, ingatkan satu sahaja. Memang kaya sungguh,” komen beberapa netizen.
Sebelum ini, usahawan yang terkenal dengan jualan ‘preloved’ beg tangan mewah dan berjenama, Mirzan Johor, mendedahkan harga beg tangan Hermes yang dimiliki Fazura boleh mencecah RM60,000 ke RM80,000.
Malah, warna beg tangan tersebut juga sukar untuk diperoleh, selain harganya yang mahal, melainkan pembelinya mempunyai profil yang baik.
Tedahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini.
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi.
Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia tiga tahun.