Beg tangan harga RM26,000, ini respon anak MB Kelantan

Beg tangan harga RM26,000, ini respon anak MB Kelantan

Beg tangan harga RM26,000, ini respon anak MB Kelantan.

Isu ibu pakai beg tangan harga RM26k, ini respon anak MB Kelantan

“Umi oyak (bagi tahu) kalau beg RM26,000 baik beli emas.

Itu respon Azma Ahmad anak kepada Menteri Besar Kelantan ketika menjawab isu beg tangan milik ibunya Siti Zabidah Ab. Hamid yang tular semasa menyambut kedatangan Perdana Menteri dan isterinya meninjau situasi banjir di negeri ini pada Khamis lalu.

Tegas Azma, beg tersebut sebenarnya hadiah dari kami anak-anak kepada umi (ibu) sempena hari keluarga 2022.

“Tak dok modal sungguh waso ore ponn nak fitnah,” tulisnya menerusi entri laman sosial Facebook miliknya semalam.

Sementara itu, Unit Komunikasi Menteri Besar (UKMB) menyifatkan perkara tersebut sebagai cubaan fitnah untuk menjatuhkan imej dan peribadi kepimpinan Kerajaan Negeri.

Katanya, fitnah tersebut dibuat tanpa sebarang bukti dan usul periksa berkenaan status barangan tersebut.

“Hakikat sebenar adalah beg tangan tersebut sekadar berharga sekitar RM300 bukannya mewah sehingga berharga RM 26,000 seperti didakwa.

“Dalam situasi musibah banjir, disaat kepimpinan Kerajaan Negeri bertungkus lumus menguruskan, membantu dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat yang susah masih ada satu pihak yang mengambil pendekatan fitnah bagi mengundang keresahan awam,” ujarnya.

UKMB berkata, rakyat tidak sepatutnya disajikan bahan fitnah dan persepsi jahat bagi tujuan ‘character assasination’ yang berniat jahat untuk menjejaskan kredibiliti dan integriti kepimpinan Kerajaan Negeri.

Sejak kelmarin, tular kononnya isteri Menteri Besar Kelantan memakai beg berjenama yang bernilai RM26,000.

Baca lagi:
Pemain bola sepak kelab Palestin mati ditembak tentera Israel
Menyayat hati! Mayat terakhir budak lelaki 12 tahun dijumpai dalam ‘sleeping bag’
Bersara dan ‘duduk di masjid’ tiada dalam perancangan masa depan Tun Dr Mahathir
CATEGORIES