Beg jenama mewah milik Lee Zii Jia raih perhatian ramai, netizen semak harga lebih RM22,000

Photo of author

By Syima Iza

Beg jenama mewah milik Lee Zii Jia raih perhatian ramai, netizen semak harga lebih RM22,000.

Sekeping foto yang memaparkan pemain badminton perseorangan, Lee Zii Jia, bergambar bersama pegawai perubatan, Jass Khuzairi, telah menarik perhatian ramai.

Namun, perhatian netizen tertumpu kepada beg yang dipakai oleh Zii Jia, iaitu beg jenama mewah Goyard yang berasal dari Perancis.

Beg jenama mewah milik Lee Zii Jia raih perhatian ramai, netizen semak harga lebih RM22,000

Berdasarkan semakan oleh seorang netizen, harga terkini beg berwarna hijau tersebut adalah RM22,608.

Goyard Bowling 45 Green Bag

RM22,608 ??

Apa yang menjadikan Goyard Bowling 45 ini sangat menonjol adalah rekaan corak monogram ikoniknya.

Undang perhatian netizen

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen memuji citarasa pemilihan beg Zii Jia.

“Tak sangka LZJ ada custom Goyard bag, omg taste.”

“Lawa juga eh bag ni tapi kita belum mampu lagi.”

“Siap ada custom name LZJ tu.”

“Dia mampu,” komen beberapa netizen.

Baca Juga:
Pengutip barang jadi jutawan selepas jumpa bongkah batu di tepi pantai
Pasangan pengantin nyaris kena langgar keretapi di Gullemard Bridge, Tanah Merah
Fosil manusia awal sangat kecil ditemui di pulau Indonesia