Bayi lelaki 10 bulan tersedak selepas diberi hisap vape

Bayi lelaki 10 bulan tersedak selepas diberi hisap vape

Bayi lelaki 10 bulan tersedak selepas diberi hisap vape. Seorang wanita memuat naik sebuah klip video di media sosial yang memaparkan situasi dia memberi bayinya menghisap vape, lapor akhbar New York Post

Berdasarkan rakaman tersebut, seorang wanita didengari bertanya kepada seorang bayi lelaki, ‘Mahu cuba?’, sebelum memasukkan vape ke dalam mulutnya.

Dalam video lain, seorang rakan kepada wanita tersebut ketawa selepas bayi berusia 10 bulan itu tersedak ketika menyedut asap.

Bayi lelaki 10 bulan tersedak selepas diberi hisap vape

Polis New South Wales di Australia telah memuat naik video tersebut dan memeriksa keadaan seorang bayi di Mid-North Coast. Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat.

Orang ramai di ruangan komen menggesa bayi itu diambil daripada ibunya.

“Siapa yang tergamak memberi anak mereka hisap vape? Sila matang dan jadi ibu yang lebih baik,” komen seorang netizen.

Bagaimanapun, wanita itu mempertahankan dirinya ketika membalas komen netizen.

“Semua orang bercakap mengenai saya dan bayi saya, lihat sendiri latar belakang diri sendiri. Anda juga tidak sempurna jadi teruskan mengkritik, anda juga tidak berguna,” katanya.

Baca Lagi:
‘Mak saya setiap hari keluar ‘dating’ dengan ayah saya’ – Anak nafi ND Lala nikah lagi
Exco Terengganu didakwa ‘perlekeh’ menu Rahmah dikecam hebat warganet
Baru seminggu kahwin, mak mertua paksa anak kahwin lain jika isteri belum mengandung
CATEGORIES