Bayi 8 bulan maut terkena rejatan elektrik lepas kunyah wayar pengecas telefon

Photo of author

By Syima Iza

Bayi 8 bulan maut terkena rejatan elektrik lepas kunyah wayar pengecas telefon.

Seorang bayi berusia lapan bulan dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik selepas menguyah wayar pengecas telefon mudah alih.

Kejadian berlaku di kampung Siddarada, Karwar dekat Bengaluru, India selepas anak perempuan pasangan Kalgutkar mengunyah wayar yang masih bersambung dengan soket.

Mangsa, Sanidhya, lapan bulan terkena renjatan elektrik selepas menguyah wayar yang disambung ke soket dengan suis yang tidak dimatikan.

Bayi 8 bulan maut terkena rejatan elektrik lepas kunyah wayar pengecas telefon

Bayi itu dikatakan memegang wayar pengecas dan mengunyah pin wayar lalu terkena renjatan elektrik tanpa disedari kedua ibu dan bapa mangsa.

Mangsa segera dibawa ke hospital daerah, namun doktor mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.

Bapa mangsa yang bekerja sebagai pekerja kontrak di Syarikat Bekalan Elektrik Hubballi (HESCOM), rebah di tempat kerja selepas mengetahui kejadian itu.

Untuk rekod, mangsa merupakan anak ketiga dalam keluarga pasangan berkenaan. Polis kemudian mendaftarkan kes kematian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

Baca Lagi:
Warga asing biadap cabul nenek 71 tahun di tempat awam
Bapa saudara terdengar ‘bunyi bisikan’ sebelum hempas bayi 40 hari ke lantai, campak budak 3 tahun dari tingkat satu
Suami larikan diri selepas bakar isteri guna petrol, minta bantuan anak padamkan api