Bau kucing dari rumah, termasuk bau hancing dan bulu kucing boleh hilang dengan guna 7 cara ini!

Photo of author

By Syima Iza

Bagi sesetengah orang, mempunyai haiwan kesayangan seperti kucing adalah perkara yang paling menyeronokkan. Tetapi, ia boleh berubah menjadi tidak menyenangkan apabila ahli keluarga di rumah atau bahkan tetamu yang datang tiba-tiba mengulas tentang bau kucing itu. Terdapat beberapa cara hilangkan bau kucing dalam rumah yang boleh anda lakukan!

Dengan menggunakan 7 kaedah di bawah ini, tiada lagi kesukaran untuk mengeluarkan bau kucing yang kuat dari rumah anda.

Bau kucing dari rumah, termasuk bau hancing dan bulu kucing boleh hilang dengan guna 7 cara ini!

1. Cuka

Air kencing kucing mengandungi kepekatan urea yang tinggi dan komposisi kimia yang unik, menyebabkan bau yang kuat. Oleh itu, satu-satunya pembersih yang boleh menghilangkan bau tersebut adalah dengan meneutralkan sifat asid dalam air kencing kucing.

Bagi membersihkan air kencing kucing di rumah, anda boleh guna cuka. Perlu diketahui bahawa, cuka dapat meneutralkan keasidan air kencing dan merupakan penghilang bau busuk yang berkesan.

  1. Campurkan air dan cuka dengan perbandingan yang sama ke dalam botol semburan.
  2. Selepas itu, semburkan larutan pada noda dan biarkan selama 15 hingga 30 minit.
  3. Jika sudah, keringkan dengan kain bersih.
  4. Sekiranya masih terdapat kesan, anda boleh mengulangi kaedah ini sehingga kotoran hilang.

2. Baking soda 

Baking soda juga merupakan pembersih rumah yang berguna untuk menghilangkan bau. Di mana, ia boleh meneutralkan bau masam kerana sifat kimia alkalinya.

  1. Taburkan baking soda atas permaidani dan biarkan selama 15 hingga 30 minit.
  2. Kemudian, vakum permaidani.

3. Hidrogen peroksida

Ternyata hidrogen peroksida juga boleh digunakan untuk membersihkan kotoran kencing kucing di rumah.

  1. Campurkan hidrogen peroksida dengan air dalam botol semburan.
  2. Kemudian semburkan pada noda air kencing.
  3. Selepas itu, biarkan selama beberapa minit.
  4. Sesudah itu, bersihkan dengan kain lembap.
  5. Proses ini perlu diulang sehingga noda itu hilang sepenuhnya.

Sebagai petua untuk mendapatkan aroma yang lebih segar, anda boleh meletakkan beberapa titis sabun pencuci pinggan ke dalam larutan hidrogen peroksida dan air.

4. Pembersih enzimatik 

Pembersih enzimatik juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau kucing di rumah. Di mana, ia adalah salah satu pembersih yang paling berkesan terhadap kencing kucing kerana enzim semula jadi memecahkan ammonia dan bakteria dalam air kencing untuk menghilangkan bau.

  1. Semburkan produk pembersih enzimatik pada noda dan biarkan selama 15 hingga 30 minit.
  2. Selepas itu, lap noda dengan kain bersih.
  3. Boleh mengulangi langkah ini berulang kali sehingga noda dibuang sepenuhnya.

5. Sering membersihkan rumah

Bulu kucing boleh berkumpul dan menyebar dengan cepat di dalam rumah. Walaupun baunya tidak sekuat air kencing, bulu kucing yang berserakan sudah tentu akan menambah bau kucing.

Bagi mengatasi masalah rumah berbau kucing, anda boleh mengemas rumah dengan kerap. Lakukan juga pembersihan dengan menyedut debu pada perabot.

6. Jaga kebersihan dan kerapian kucing

Menjaga kebersihan dan kekemasan haiwan peliharaan anda sebenarnya boleh menjadi cara untuk mengelakkan bau kucing di rumah.

Kucing memang boleh menjaga dirinya sendiri. Namun, sedikit bantuan dari anda pasti akan sangat membantunya.

  • Kucing berbulu panjang – perlu dirawat setiap hari untuk mengelakkan simpulan terbentuk di bulunya
  • Kucing berbulu pendek – sebaiknya didandani seminggu sekali

7. Bersihkan tempat buang najis dan tempat tidur kucing

Tempat buang najis seperti kotak kotoran adalah tempat paling biasa digunakan oleh kucing untuk buang air. Bagi mengatasi masalah bau yang kurang menyenangkan di dalam rumah, anda boleh membersihkan kotak kotoran dengan kerap.

Selain itu, tempat tidur kucing juga boleh menimbulkan bau kucing di dalam rumah. Jadi, anda boleh mencuci tempat tidur haiwan ini dengan kerap mengikut arahan pada label.

Bersihkan juga perabot atau alat dan kain yang kucing anda gunakan kerana baunya cenderung meresap. Gunakan pembersih kain atau mengikut arahan pada label untuk membersihkan fabrik tanpa merosakkannya.

Baca Juga:
Saintis Korea cipta beras merah jambu, makan nasi sahaja pun dah sedap tak perlu lauk lagi
Alya Iman dakwa mengalami masalah ‘tidur mati’, anggota bomba pernah ketuk pintu rumah
Rupanya ini fungsi butang “Release” di gear Proton Saga yang masih ramai tak tahu